Sunday, May 30, 2021

BBM 3410 - 2021 - MINGGU 9 - VIDEO SERAM - DIEZ.

VIDEO SERAM

Haii dan assalamualaikum. Tugasan seterusnya pada minggu ini ialah video seram. Saya dan ahli kumpulan DIEZ dikehendaki untuk merakam sebuah video seram yang menakutkan. Video seram kali ini kumpulan diez melibatkan semua ahli kumpulan dan jalan penceritaan menarik. Alhamdullilah di atas bimbingan dan tunjuk ajar daripada Prof. Dr. Normaliza akhirnya kumpulan DIEZ berjaya menyiapkan video ini. Video ini bagi saya agak susah untuk merakam dan melakonkan penceritaan kerana memerlukan penhayatan yang mendalam untuk mewujudkan rasa takut serta seram. Mungkin sekarang musim covid dan ahli berkumpulan berada di jarak jauh agak susah untuk mencari jalan penceritaan yang sesuai. Video seram ini bertajuk sembang kencang sekali kena kacau semua kecundang dan berdurasi dalam sembilan minit. Anda semua boleh singgah ke channel youtube saya iaitu afiyah suhaimi. Selamat menonton dan jangan lupa pastikan tidak menonton bersendirian. Heheheheh dan jangan lupa untuk likes my video. Bye dan assalamualaikum berjumpa lagi. 

VIDEO: 

 LINK VIDEO: https://youtu.be/l8ABo3cO4Cg


BUKTI KEHADIRAN:



Friday, May 28, 2021

BBM 3410 - 2021 - MINGGU 9 - KEMANUSIAAN (TWITTER)

 KEMANUSIAAN (TWITTER)

Haii dan assalamulaikum buat pembaca setia blog saya. Saya telah membuat tweet terbaru di akaun twitter saya iaitu @afieyahsuhaimi yang bertemakan nilai kemanusiaan. Ini merupakan tugasan terbaru dalam subjek ini untuk membuat posting terbaru. Saya juga retweet daripada tweet kawan-kawan saya tentang pendapat berkaitan nilai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan makin kurang dalam diri masyarkat kini. Ramai mengganggap nilai kemanusiaan bukan suatu kewajipan dan tidak perlu dipentingkan. Bagi saya, nilai kemanusiaan wajar diberi kepentingan kerana melalui nilai kita dapat menyelamatkan serta membantu masyarakat lain. Misalnya, isu kekejaman Israel terhadap masyarakat Palestin yang berlaku sekarang. Begitu sangat menyedihkan kerana ada dalam kalangan Israel yang sanggup membunuh anak-anak kecil, orang tua dan sebagainya. Anda dapat lihat dimana letaknya insan dan nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat. Jelas bahawa,  betapa pentingnya nilai kemanusiaan dalam diri kita. Melalui posting terbaru ini, saya sangat mengharap dapat membuka hati dan meberi pengetahuan kepada masyarakat. Marilah ramai-ramai sebarkan serta retweet dan like posting terbaru saya di twitter. 


 TWEET:


RETWEET:







BUKTI KEHADIRAN:







             

BBM 3410 - 2021- MINGGU 9 - PANTUN EMPAT KERAT (FACEBOOK)


PANTUN EMPAT KERAT (FACEBOOK)

Haii dan assalamulaikum pembaca setia blog saya. Saya ingin kongsikan sebuah pantun empat kerat melalui posting terbaru saya di akaun facebook saya iaitu @Afieyah Suhaimi. Saya telah merangka sebuah pantun empat kerat yang bertemakan keagamaan dan juga membalas pantun di akaun facebook kawan-kawan. Heheheh... walaupun pantun empat kerat tak berapa nak menjadi tapi saya tetap cuba belajar untuk merangka pantun. Pembaca setia blog saya boleh menyinggah di facebook saya dan jangan malu-malu untuk membalas pantun. 

 

POST:




KOMEN:












BUKTI KEHADIRAN: 







BBM 3410 - 2021 - MINGGU 9 - KESILAPAN (INSTAGRAM)

 KESILAPAN (INSTAGRAM)

Haii dan assalamualaikum buat pembaca setia blog saya. Pada minggu ini saya diberi tugas untuk memberi sedikit kata-kata berkaitan erti kesilapan. Untuk pengetahuan semua, saya telah membuat posting terbaru diruangan akaun instagram iaitu @afieyaasuhaimi. Gambar dan kata-kata yang bertemakan kesilapan adalah suatu kenangan atau peristiwa yang pernah berlaku kepada diri saya. Kesilapan yang dilakukan oleh saya menyebabkan putus sebuah hubungan persahabatan membawa kepada penyesalan akhirnya. Diharapkan perkongsiaan ini dapat memberi pengajaran atau iktibar kepada anda. Namun begitu, kesilapan bukanlah sesuatu kesalahan yang tidak boleh ditebus tetapi kita sebagai boleh mengubah untuk menjadi seperti sedia kala. Itu sahaja coretan saya kali ini dan buat pembaca setia blog jangan lupa untuk like posting saya. 


POST:



                                                                            KOMEN :














BUKTI KEHADIRAN:









BBM 3410 - 2021- MINGGU 9 - BAB 5 (TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI)

 RUJUKAN Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.


BAB 5 - TAKSONOMI STRATEGI KOMUNIKASI

Hai dan assalamualaikum kepada pembaca setia blog saya. Pada minggu ini saya diberi tugasan untuk menyiapkan slide powerpoint tentang taksonomi strategi komunikasi. Oleh itu, saya juga berkongsi dengan anda dengan ilmu dan maklumat terbaru yang dipelajari. Ramai orang tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan taksonomi strategi komunikasi. Jelas bahawa, setiap jenis bentuk komunikasi digunakan oleh kita mempunyai pelbagai strategi. Saya pada mula mengganggap komunikasi adalah perkara biasa dan tidak terlalu penting. Sebenarnya, komunikasi sangat penting dalam kehidupan kita tak kiralah sama ada kecil ataupun besar. Taksonomi strategi komunikasi merincikan tentang pendapat-pendapat daripada tokoh berkaitan komunikasi. Pelbagai pendapat menarik dan strategi secara ringkas dan menarik diberikan. Ini mendedahkan saya kepada pengetahuan baru berkaitan subjek ini. Oleh itu, saya telah menyediakan slide berkaitan tajuk ini dalam mudah untuk difahami oleh anda. HAA dah tengok tu... jangan lupa like dan subscribe my channel youtune. Diharapkan dapat membantu anda... bye ...jumpa lagi nanti. 


VIDEO:



Link video : https://youtu.be/M3oapuFp_fU


BUKTI KEHADIRAN:



Saturday, May 22, 2021

BBM 3410- 2021- MINGGU 8- VIDEO ONE SHOT ONE - DIEZ

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


VIDEO ONE SHOT ONE LAYER

Video one shot merupakan rakaman video yang dibuat tanpa mengerakkan alat perakam video. Video ini tidak memerlukan suntingan kecuali di bahagian akhir yang perlukan kredit. Video one shot juga terdiri daripada satu lagu yang sesuai dengan tajuk yang dipilih. Rakaman video juga menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan. Terdapat juga pengerakan individu atau kumpulan yang keluar atau masuk dalam rakaman video yang menampakkan lebih menarik. Durasi video one shot diambil mengikut masa lagu yang dipilih tersebut. Terbahagi kepada one layer, two layer dan three layer.

Video one shot two layer ialah dirakam dengan tambahan satu lapisan lan selain daripada nyanyian. Misalnya, terdapat lakonan tambahan. Lakonan juga merupakan kandungan daripada lagu yang dipilih dalam video tersebut. Lakonan ini menjadikan video kelihatan lebih kreatif dan menarik.

Video one shot three layer ialah terdapat tiga lapisan dalam rakaman video ini selain daripada nyanyian. Lapisan lakonan dan pengerakan juga memainkan peranan dalam rakaman video ini. Lapisan pengerakan seperti pokok bergoyang, kereta bergerak dan sebagainya. Ini dapat membantu menjadikan video lebih kreatif dan tampak lebih menarik.

Dibawah ini saya sertakan video one shot one layer, two layer dan three layer daripada kumpulan Diez. Pemilihan lagu menarik dan lakonan yang mantap daripada kumpulan saya. Selamat menonton video menarik ini dan jangan lupa anda semua untuk likes sekali. Terima kasih...bye


                                                    VIDEO ONE SHOT ONE LAYER:

 


 Link video: https://youtu.be/9s96HnDhOhg

Kredit Musik: 
Lagu: Malam Bulan Dipagar Bintan
Penyanyi: The Mirza @ Warisan Studio

Penyanyi Asal: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee & Allahyarhamah Saloma


VIDEO ONE SHOT TWO LAYER:




Link video : https://youtu.be/Fbt_3FG1b3s

Kredit:
Lagu : Peluang kedua
Penyayi: Nabila Razali


VIDEO ONE SHOT THREE LAYER:




Link video : https://youtu.be/XmKcdsKjTh8

Kredit Musik
Lagu : Kain Pelikat
Penyanyi: Anuar &Ellina










Wednesday, May 19, 2021

BBM 3410- 2021- MINGGU 8- STRATEGI KOMUNIKASI

RUJUKAN Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.


                                                STRATEGI KOMUNIKASI :
















BUKTI KEHADIRAN :








Monday, May 17, 2021

BBM 3410 - 2021 - MINGGU 7 - VIDEO DOKUMENTARI


RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


VIDEO DOKUMENTARI

Video dokumentari merupakan  sebuah video yang tidak mempunyai jalan penceritaan. Video ini hanya memberikan tentang pengetahuan sesuatu perkara yang difokuskan. Terdapat suara seseorang yang mengulas tentang dokumentari dalam video tersebut Suara untuk video ini akan dirakam selepas video siap disunting. Suara tersebut perlu diselaraskan dengan rakaman video dan pengisian supaya dapat difahami oleh penonton. Jelas bahawa, video dokumentari lebih menumpukan realiti dan tampil jelas untuk tontonan penonton.

Dibawah ini saya turut serta sebuah video dokumentari yang bertajuk suasana hari raya yang dirakam dengan ahli kumpulan. Video ini memberikan pengisian dan pengetahuan hari raya aidilfitri yang disambut pada setiap tahun oleh umat Islam. Video ini juga merupakan perkongsian suasana hari raya yang disambut oleh ahli-ahli kumpulan. Selamat menonton video menarik ini dan jangan lupa anda semua untuk likes sekali. Terima kasih...bye

VIDEO:



   Kredit oleh:
Lagu 1: Suasana Hari Raya
Penyayi: Anuar Zain & Ellina

Lagu 2: Seloka Hari Raya
Penyanyi: Hail Amir & Uji Rashid



BUKTI KEHADIRAN:




BBM 3410 - 2021 - MINGGU 8 - VIDEO SETEMPAT



RUJUKAN
: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


VIDEO SETEMPAT

Video setempat merupakan sebuah video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan setempat atau tidak mengubah tempat iaitu hanya tetap disuatu kawasan. Dibawah ini saya turut berkongsi sebuah video setempat yang berkaitan dengan hari raya. Durasi video ini hanya lebih dalam lima minit sahaja. Banyak juga penceritaan yang dikongsi oleh saya dalam video ini. Selamat menonton video menarik ini dan jangan lupa anda semua untuk likes sekali. Terima kasih...

VIDEO:


Link video :  https://youtu.be/HDxZ2tJtS_A


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT VIDEO SETEMPAT:

1) Langkah pertama- Saya memilih lokasi, tempat dan penceritaan yang sesuai untuk dirakam. Saya memilih untuk berkongsi tentang jenis-jenis kuih raya yang disediakan oleh keluarga saya pada musim perayaan. 

2) Langkah kedua- Saya menetapkan tempat yang sesuai untuk dirakam iaitu bahagian ruang tamu rumah. Saya memilih waktu malam untuk dirakam kerana tidak bising dan tidak diganggu oleh ahli keluarga. Bahan-bahan yang diperlukan semasa sesi rakaman video sperti balang kuih raya, jenis-jenis kuih raya. 

3) Langkah ketiga-Saya memastikan tidak berubah tempat atau kawasan semasa mengambil video iaitu hanya tetap di hadapan bahagian meja ruang tamu. Hanya kamera sahaja yang bergerak untuk merakam video kuih raya,

4) Langkah kelima- Saya juga sertakan suara latar untuk berkongsi tentang kuih raya bagi para penonton dapat memahami. Jalan penceritaan juga adalah spontan dan saya tidak menggunakan skrip bagi menampakkan lebh humor,

5) Langkah kelima-Durasi video yang ditetapkan lebih kurang dalam 5 minit sahaja. Tetapi saya terlebih dalam satu minit mungkin banyak sangat membebel.

BUKTI KEHADIRAN:






Sunday, May 2, 2021

BBM 3410- 2021- MINGGU 6 - SIMPULAN BAHASA - DIEZ

 SIMPULAN BAHASA

Assalamualaikum dan hai semua. Baru-baru ini kumpulan saya iaitu Diez telah merakam sebuah video yang mengandungi pelbagai simpulan bahasa yang menarik dan mempunyai maksud yang mendalam. Kumpulan saya terdiri daripada 10 orang ahli dan kami membahagikan kepada beberapa tugas untuk membentuk sebuah video. Ini memberi sedikit pengalaman baru kepada saya untuk mempelajari cara-cara membuat video yang menarik. Saya dapat mengenali jenis-jenis simpulan yang tidak pernah diketahui. Perkongsian  yang bermanfaat ini dapat serba sedikit memberi anda pengetahuan baharu. Banyak elemen-elemen menarik dan kreatif yang terdapat di dalam video tersebut. Dibawah saya turut sertakan video dan link. Jemputlah tonton dan like video. Sekian terima kasih..dan jumpa lagi..



Kredit lagu oleh : 
Lagu : Gurindam Jiwa (Instrumental)
Musik : Boyrazli
Seruling : Boyrazl