KEMANUSIAAN (TWITTER)
Haii dan assalamulaikum buat pembaca setia blog saya. Saya telah membuat tweet terbaru di akaun twitter saya iaitu @afieyahsuhaimi yang bertemakan nilai kemanusiaan. Ini merupakan tugasan terbaru dalam subjek ini untuk membuat posting terbaru. Saya juga retweet daripada tweet kawan-kawan saya tentang pendapat berkaitan nilai kemanusiaan. Nilai kemanusiaan makin kurang dalam diri masyarkat kini. Ramai mengganggap nilai kemanusiaan bukan suatu kewajipan dan tidak perlu dipentingkan. Bagi saya, nilai kemanusiaan wajar diberi kepentingan kerana melalui nilai kita dapat menyelamatkan serta membantu masyarakat lain. Misalnya, isu kekejaman Israel terhadap masyarakat Palestin yang berlaku sekarang. Begitu sangat menyedihkan kerana ada dalam kalangan Israel yang sanggup membunuh anak-anak kecil, orang tua dan sebagainya. Anda dapat lihat dimana letaknya insan dan nilai kemanusiaan dalam diri masyarakat. Jelas bahawa, betapa pentingnya nilai kemanusiaan dalam diri kita. Melalui posting terbaru ini, saya sangat mengharap dapat membuka hati dan meberi pengetahuan kepada masyarakat. Marilah ramai-ramai sebarkan serta retweet dan like posting terbaru saya di twitter.
TWEET:
RETWEET:
No comments:
Post a Comment