Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK






HURAIAN :

MUDAH

  • Gambaran mudah dalam bentuk foto atau video.
  • Dapat lihat mesej atau objektif yang disampaikan oleh penyunting dalam gambaran tanpa kekeliruan.
  • Misalnya, sekeping foto seekor kucing sedang tidur. Seseorang yang melihat akan mengetahui bahawa foto itu ialah seekor kucing sedang tidur.

 

WARNA

  • Satu atau lebih warna dalam sesuatu gambaran.
  • Tidak melebihi tiga warna.
  • Terdapat grafik lebih daripada tiga warna atau satu warna dalam foto dan video.
  • Misalnya, sekeping foto sebuah rumah yang berwarna merah dan disebelah disertai pokok yang berwarna hijau. Terdapat juga awam yang berwarna biru. Ini menunjukkan foto itu mempunyai tiga warna iaitu merah, hijau dan biru yang difokuskan kepada rumah, pokok dan awan.


 TEKS

  • Merujuk kepada jenis dan saiz font dalam persembahan grafik.
  • Kandungan teks penting untuk permahaman terhadap grafik.
  • Warna font memainkan peranan penting dalam asas grafik.
  • Misalnya, iklan tilam mempunyai teks seperti “lembut dan tebal”. Teks ini ditulis dengan font yang sesuai supaya dapat menarik minat pengguna.


KESESUAIAN

  • Kesesuaian mengikut jenis latar seperti masa, tempat, watak dan sebagainya dalam sesuatu foto atau video.
  • Setiap bahan dalam grafik perlu sesuai antara satu sama lain.
  • Misalnya, foto keluarga yang sedang berkelah di tepi pantai. Anak-anak sedang bermain air dengan wajah riang. Manakala, ibu bapa sedang menyiapkan hidangan makanan untuk anak-anak. Langit yang redup menunjukkan suasana tenang dan waktu tenang.


KESEIMBANGAN

  • Keseimbangan ialah ruangan dalam foto atau video.
  • Ruang seperti kiri, kanan, atas, bawah dan sebagainya.
  • Ruang perlu kosong atau sama berat untuk menunjukkan keseimbangan.
  • Misalnya, foto di sebelah kanan terdapat sebuah rumah kampung dan di sebelah kiri terdapat sebuah kereta yang berwarna hitam. Di sebelah atas gambar, terdapat awan luas yang berwarna biru dan padang rumput berwarna hijau di sebelah bawah. Ini menunjukkan keseimbangan di dalam foto tersebut di antara rumah, kereta, awan dan padang rumput.

 


    Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.

1 comment: