Wednesday, March 31, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 


                       Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan 

                 Strategi Komunikasi : Teori Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus


HURAIAN :

Pra-andaian

Pra-andaian ialah perkara yang diamalkan atau dilakukan dahulu sebelum permulaan garis panduan atau tindakan. Pra-andaian terdiri daripada dua aspek utama iaitu intuisi dan konteks. Intuisi ialah daya untuk memahami atau untuk mengetahui sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan tanpa sedar, tanpa belajar dan sebagainya. Konteks merupakan idea yang digunakan dalam bahasa saina iaitu linguistik, sosiolinguistik, fungsi sistemik, analisis wacana, pragmatik, semiotik dan lain-lain yang dilakukan dalam dua cara yang berbeza. Setiap aspek ini dibincangkan dan dianalisis mengikut penerimaan atau penafiaan, keperluan, perujukan, anafora, kekaburan dan penegasan.

Emosi

Emosi ialah perasaan kuat yang boleh diransang oleh pemikiran dan tingkah laku seseorang. Emosi juga terbahagi kepada emosi positif, negatif dan emosi bercampur. Misalnya, emosi marah iaitu marah manakala emosi positif ialah gembira. Emosi bercampur merujuk kepada gabungan perasaan sama ada sedih, cemburu dan lain-lain. Emosi dapat ditunjukkan dari luar berdasarkan personaliti, perangai, mood dan sebagainya. 

Nilai dan budaya

Nilai adalah sebagai garis panduan umum terhadap tingkah laku seseorang. Budaya ialah satu cara hidup yang diamalkan oleh kelompok tertentu dan meliputi sistem sosial, ekonomi, politik, agama, sikap, nilai dan sebagainya. Nilai dan budaya merangkumi aspek diri, masyarakat dan adat. Antara contoh nilai ialah jujur, baik hati, keadilan,  kerjasama, hormat-menghormati dan sebagainya. 

Bahasa

Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok masyarakat atau komuniti. Bahasa terdiri daripada bahasa pertama yang merupakan bahasa ibunda, bahasa kedua dan bahasa ketiga ialah bahasa yang diperoleh di sekolah atau ditutur dalam kelompok tertentu. Bahasa juga terbahagi kepada bahasa formal yang digunakan dalam acara rasmi dan bahasa tidak formal yang digunakan dalam kalangan ahli keluarga. Terdapat juga kesalahan tatabahasa dari segi ejaan, ayat dan sebagainya yang dianalisis lebih kritis. Aspek linguistik dalam bahasa mempunyai bidang tersendiri seperti fonologi, sintaktis dan sebagainya.

Inferens

Inferens ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan fakta tertentu. Inferens dapat menyimpulkan sesuatu permasalahan analisis yang dibuat atau bahagian akhir sesuatu topik yang dibincangkan. Antara aspek inferens ialah rumusan keseluruhan, rumusan topik perbincangan dan penutup kata. Ini menunjukkan rumusan yang disimpulkan dengan lebih lengkap dan jelas.

 



No comments:

Post a Comment