Friday, April 9, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 PERKONGSIAN CELIK BAHASA ISYARAT




kredit oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24

Video di atas merupakan Rancangan Sembang Tamu: Celik Bahasa Isyarat yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Perkongsian ini disampaikan oleh Prof.Dr Normaliza Abd Rahim pada 6 April 2021 iaitu hari selasa baru-baru ini. Beliau menceritakan tentang kisahnya yang mempelajari bahasa isyarat hanya mengambil masa dua bulan sahaja pada usianya 65 tahun. Beliau juga mempelajari bahasa isyarat melalui platform media sosial seperti twitter. Beliau juga berani mencabar diri untuk mencuba menggunakan bahasa isyarat di tempat awam. Misalnya, beliau mengunjungi pusat membeli-belah IOI mall untuk berinteraksi dengan masyarakat awam. Beliau akui pada mulanya ramai orang melihat dengan reaksi wajah yang agak pelik dan kurang senang. Namun, ini tidak menjatuhkan semangatnya untuk terus belajar menggunakan bahasa isyarat. Beliau juga mempelajari bahasa isyarat ini bersama-sama ahli keluarganya. Semangat dan keyakinan beliau memberi inspirasi kepada orang ramai untuk cuba mempelajari keunikan bahasa isyarat. Setelah mendengar perkongsian daripada Prof.Dr Normaliza Abd Rahim membuka mata saya untuk cuba mempelajari bahasa isyarat. Bahasa isyarat seharusnya menjadi subjek penting dalam pendidikan kini. Bahasa isyarat ini juga mampu menjadi bahasa pengantar utama di seluruh dunia. Ini kerana bahasa ini sangat penting untuk digunakan berkomunikasi dengan orang-orang kurang berupaya. Ini dapat membantu orang-orang kurang upaya supaya tidak tersisih dan tampil berkeyakinan apabila berkomunikasi dengan orang lain. Jelas bahawa, bahasa sangat penting untuk dipelajari dan dipraktikkan dalam kehidupan kita. Ini sahaja perkongsian saya untuk blog pada kali ini. Sekian, terima kasih.



Bukti kehadiran


1 comment: