RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
BANNER/ BANTING
Banner atau Bunting merupakan salah satu medium yang digunakan dalam industri pengiklanan. Kedua-dua medium ini boleh dijadikan medium pengiklanan yang baik dan berkesan jika digunakan dengan betul. Dalam sesebuah pengiklanan yang menggunakan medium Banner atau Bunting, rekaan dengan imej dan warna yang menarik memainkan peranan yang penting dalam menarik audiens untuk melihat atau membaca apa yang tertera pada banner atau bunting tersebut.
Kedua-dua banner dan bunting mempunyai fungsi yang sama, iaitu sebagai medium pengiklanan. Yang membezakan kedua-duanya adalah, baner dicetak secara melintang manakala, bunting pula dicerak secara menegak. Banner sesuai digunakan untuk iklan yang bersaiz besar dan kebiasaanya banner akan digantung diantara 2 pokok atau 2 tiang. Bunting pula mempunyai ukuran yang bersaiz lebih kecil dan kebiasaanya digunakan di sekitar booth/gerai jualan. Selain digantung, Bunting juga boleh dipasang menggunakan stand.
Gambar yang disertakan diatas merupakan hasil rekaan banner dan bunting daripada kumpulan Diez yang jelas sekali bertujuan untuk mempromosikan kasut mereka yang terbaru. Dalam banner dan bunting tersebut, Diez memfokuskan kepada keluaran kasut mereka yang kelihatan sangat cantik. Imej grafik kaki dan kasut putih dan latar batu dan langit kebiruan serta hutan yang kehijauan yang digunakan dalam banner dan bunting tersebut menunjukkan kesesuaian antara satu sama lain. Slogan ‘Run with Diez’ disertakan dalam promosi tersebut untuk memperoleh kebolehpercayaan pelanggan terhadap keluaran kasut Diez ini. Ayat-ayat sokongan seperti harga potongan promosi dan ayat ‘Go Faster, Go Stronger, Never Stop’ pula bertujuan untuk menarik minat pelanggan untuk membeli kasut tersebut.
PAMPLET
Pamplet ialah sejenis gambar yang mempunyai tulisan yang menjelaskan huraian gambar tersebut. Pamplet ini juga disebut sebagai risalah dan juga tidak dijilid atau tidak mempunyai muka surat hadapan. Pamplet dilipat kemas dengan cara menggunakan sekeping kertas khusus yang panjang dan saling terhubung satu sama lain. Pamplet juga dipotong setengah atau sepertiga untuk terlihat lebih kecil. Pamplet digunakan untuk memberikan maklumat tentang produk-produk yang dipromosi atau pengenalan untuk sesuatu acara.
Gambar diatas menunjukkan hasil rekaan pamplet oleh kumpulan Diez yang untuk memberi maklumat tentang produk baru yang dikeluarkan iaitu kasut sukan. Pamplet ini menjelaskan tentang keunikan dan ketahanan kasut tersebut. Kasut sukan terbaru keluaran Diez mempunyai pelbagai spesifikasi menarik untuk dikongsi. Kasut sukan Diez kali ini hadir dengan pelbagai warna seperti merah, putih dan hitam. Warna dan saiz yang disediakan sangat sesuai untuk golongan lelaki atau wanita.Kasut sukan ini juga menampilkan ciri-ciri seperti tapak yang lebih selesa dan lembut. Ini dapat memudahkan pengguna untuk berdiri dengan lebih lama dan dapat mengurangkan kesakitan pada bahagian tapak kaki. Selain itu, kasut ini juga mempunyai elemen yang fleksibel untuk memudahkan pengguna yang memakainya lebih tahan lasak dan sesuai untuk pelbagai aktiviti. Misalnya, aktiviti berjoging, mendaki gunung dan sebagainya. Kasut keluaran Diez juga lebih stabil dan mengawal pengerakan. Pengguna juga lebih selamat apabila menggunakan kasut ini.
POSTER
Poster ialah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampaikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaannya, rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak. Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan digantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain. Sebagai contoh, poster dapat menonjolkan keistimewaan mesej kepada masyarakat dan di poster iklan tersebut dapat dipertontonkan di tempat menunggu bas dan sebagainya.
Poster di atas merupakan poster yang dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan keluaran kasut sukan mereka yang baharu. Poster di atas memaparkan teks yang jelas iaitu “Run with Diez” yang merupakan moto utama kumpulan mereka dalam mempromosikan keluaran kasut sukan mereka. Teks slogan “Run with Diez” jelas menunjukkan bahawa kasut tersebut merupakan kasut sukan dan sesuai untuk aktiviti sukan berlari. Poster itu juga memaparkan beberapa teks tambahan yang lain iaitu “Great shoes can take you places” dan “Buy a new pair today”. Teks tambahan ini mampu menarik perhatian orang ramai yang melihat poster iklan ini. Teks yang mempunyai ayat yang menarik dan mampu menambat hati orang ramai yang melihat poster iklan ini untuk membeli kasut tersebut kerana mesej atau maklumat dapat disampaikan dengan jelas. Ilustrasi gambar kasut sukan yang dipaparkan didalam poster itu juga menunjukkan kasut tersebut sangat selesa dan cantik apabila di pakai. Teks “Since 2021” pula menjelaskan bahawa kasut sukan keluaran Diez merupakan koleksi kasut sukan yang dikeluarkan pada tahun 2021. Poster ini jelas ingin mempromosikan iklan tentang kasut sukan keluaran terbaharu oleh kumpulan Diez.
GAMBAR ATAU FOTO
Gambar atau foto ialah imej yang dicipta oleh cahaya yang jatuh pada permukaan peka cahaya. Kebanyakan gambar atau foto dicipta oleh kamera yang menggunakan kanta untuk memfokus daripada sesuatu pemandangan demi membuat salinan yang dapat dilihat dengan mata kasar manusia. Proses dalam mencipta gambar foto dikenali sebagai fotografi. Fotografi ialah proses untuk menghasilkan gambar foto melalui tindakan cahaya.
Gambar di atas merupakan gambar yang dikeluarkan oleh kumpulan Diez bagi mempromosikan keluaran terbaru kasut sukan mereka. Gambar di atas menunjukkan dengan jelas bahawa produk kasut yang dipromosikan, dan dengan penggunaan warna latarnya yang sesuai dapat menarik minat masyarakat yang memandangnya. Gambar ini juga memaparkan teks yang jelas mesejnya iaitu “Run with Diez” yang turut merupakan moto utama bagi keluaran kasut ini dalam mempromosikan kasut sukan Diez. Moto “Run with Diez” yang bermaksud “Lari bersama Diez” cukup jelas menunjukkan kasut tersebut dicipta untuk aktiviti sukan larian. Gambar ini juga menunjukkan bahawa dua kasut yang berlainan warna yang mana ingin menyatakan Diez mengeluarkan kasut yang berbeza warna bagi memenuhi minat masing-masing. Gambar ini juga memaparkan teks yang berlainan iaitu “Always your choice” yang mana kumpulan Diez ini menyatakan bahawa kasut keluaran Diez semestinya menjadi pilihan pembeli. Gambar dan teks yang sesuai dan menarik mampu membuatkan orang ramai tertarik untuk melihat gambar ini dan membeli produk ini.
BILLBOARD
Billboard ataupun papan iklan adalah sebuah papan yang berukuran besar yang mengandungi tulisan atau gambar yang bertujuan untuk iklan, penguguman atau promosi. Billboard mengandungi ilustrasi atau slogan yang menarik untuk dibaca supaya orang ramai tahu apa yang ingin disampaikan oleh billboard tersebut. Kebiasaanya, billboard diletakkan di tempat yang tinggi supaya dapat dilihat oleh orang ramai dan seringkali ditemui di sekitar jalan raya. Gambar di bawah menunjukkan hasil rekaan billboard oleh kumpulan Diez yang bertujuan untuk mempromosikan iklan kasut mereka yang terbaru.
Billboard di atas memaparkan tentang iklan kasut Diez yang terbaru. Ilustrasi kasut yang digunakan menunjukkan bahawa kumpulan Diez bakal mengeluarkan kasut sukan terbaru yang hadir dengan pelbagai spesifikasi yang menarik. Kasut keluaran terbaru itu hadir dengan pelbagai warna dan mempunyai tapak kasut yang elastik. Kelembutan bahagaian hadapan kasut Diez akan memberi keselesaan kepada pemakai. Kasut Diez juga muat pada kaki pemakai kerana dicipta mengikut bentuk tapak kaki yang sebenar dan pelbagai saiz. Jadi, kesemua para pemakai kasut Diez akan tampil elegan ketika mengayakan kasut ini. Slogan ‘Run With Diez’ menunjukkan bahawa kasut Diez ini akan sentiasa menemani pemakai kerana sifatnya yang elastik, elegan dan tahan lasak memberikannya kesesuaian untuk dipakai di mana sahaja. Sesuailah dengan ayat ‘Providing the best, comfy and elegant partner to stay with you all the time’, kasut Diez akan membekalkan keseronokan, keselesaan dan keanggunan pada pemakainya. Jangan lupa untuk dapatkan kasut terbaru keluar Diez ini!
VIDEO
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, video merupakan alatan yang digunakan untuk merakamkan dan menayangkan filem. Video juga merupakan sebuah perbuatan memvideokan dan merakamkan sesuatu peristiwa, adegan dan sebagainya dalam media elektronik seperti telefon atau kamera. Secara amnya, Video berasal dari kata bahasa Latin, yang bermaksud Saya lihat. Video ialah teknologi memprosess isyarat elektronik (electronic signals) bagi menghasilkan gambar bergerak. Aplikasi umum dari teknologi video adalah televisyen. Perkataan "video" biasanya merujuk kepada jenis format pembawa (carrier) sama ada isyarat digital (DVD, QuickTime, MPEG-4) atau isyarat analog videotape (VHS, Betamax).
Video di atas menunjukkan iklan jenama Diez yang mengeluarkan produk baru iaitu kasut sukan. Video tersebut menjelaskan keunikkan dan kelebihan kasut sukan Diez. Dengan sekali imbas, orang ramai dapat mengetahui bahawa video tersebut adalah berkaitan dengan kasut sukan. Dengan ini, mesej yang terdapat dalam video tersebut dapat difahami dan disampaikan tanpa sebarang kekeliruan. Di samping itu, teks “EASY TO WEAR, LIGHTWEIGHT, DURABLE, COMFORTABLE, STYLIST, dan EASY TO REMOVE” menggambarkan sifat dan kelebihan kasut sukan tersebut. Teks ini dapat menarik perhatian orang ramai kerana saiz dan jenis font yang terpapar dalam video tersebut adalah jelas. Teks slogan “RUN WITH DIEZ” pula dapat meyakinkan lagi orang ramai bahawa kasut sukan tersebut merupakan suatu produk yang baik dan bermutu tinggi serta diserlahkan lagi dengan kesenangan dan keselesaan yang ditunjukkan oleh pemakai. Video tersebut jelas menunjukkan bahawa pemakai berasa selesa dalam segala keadaan dan bentuk muka bumi yang diterokai. Oleh itu, mesej dapat disampaikan dengan baik dan mempengaruhi orang ramai untuk membeli kasut sukan Diez. Setiap langkah yang dilakukan bersama kasut sukan Diez dapat menyakinkan pemakai dalam mengorak langkah menuju masa depan yang sempurna.
BUKU RUJUKAN
Menarik!!
ReplyDelete