Monday, May 17, 2021

BBM 3410 - 2021 - MINGGU 8 - VIDEO SETEMPAT



RUJUKAN
: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


VIDEO SETEMPAT

Video setempat merupakan sebuah video yang tidak memerlukan suntingan. Video ini dirakam dalam keadaan setempat atau tidak mengubah tempat iaitu hanya tetap disuatu kawasan. Dibawah ini saya turut berkongsi sebuah video setempat yang berkaitan dengan hari raya. Durasi video ini hanya lebih dalam lima minit sahaja. Banyak juga penceritaan yang dikongsi oleh saya dalam video ini. Selamat menonton video menarik ini dan jangan lupa anda semua untuk likes sekali. Terima kasih...

VIDEO:


Link video :  https://youtu.be/HDxZ2tJtS_A


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT VIDEO SETEMPAT:

1) Langkah pertama- Saya memilih lokasi, tempat dan penceritaan yang sesuai untuk dirakam. Saya memilih untuk berkongsi tentang jenis-jenis kuih raya yang disediakan oleh keluarga saya pada musim perayaan. 

2) Langkah kedua- Saya menetapkan tempat yang sesuai untuk dirakam iaitu bahagian ruang tamu rumah. Saya memilih waktu malam untuk dirakam kerana tidak bising dan tidak diganggu oleh ahli keluarga. Bahan-bahan yang diperlukan semasa sesi rakaman video sperti balang kuih raya, jenis-jenis kuih raya. 

3) Langkah ketiga-Saya memastikan tidak berubah tempat atau kawasan semasa mengambil video iaitu hanya tetap di hadapan bahagian meja ruang tamu. Hanya kamera sahaja yang bergerak untuk merakam video kuih raya,

4) Langkah kelima- Saya juga sertakan suara latar untuk berkongsi tentang kuih raya bagi para penonton dapat memahami. Jalan penceritaan juga adalah spontan dan saya tidak menggunakan skrip bagi menampakkan lebh humor,

5) Langkah kelima-Durasi video yang ditetapkan lebih kurang dalam 5 minit sahaja. Tetapi saya terlebih dalam satu minit mungkin banyak sangat membebel.

BUKTI KEHADIRAN:






No comments:

Post a Comment