Saturday, May 22, 2021

BBM 3410- 2021- MINGGU 8- VIDEO ONE SHOT ONE - DIEZ

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


VIDEO ONE SHOT ONE LAYER

Video one shot merupakan rakaman video yang dibuat tanpa mengerakkan alat perakam video. Video ini tidak memerlukan suntingan kecuali di bahagian akhir yang perlukan kredit. Video one shot juga terdiri daripada satu lagu yang sesuai dengan tajuk yang dipilih. Rakaman video juga menunjukkan mimik nyanyian individu atau kumpulan. Terdapat juga pengerakan individu atau kumpulan yang keluar atau masuk dalam rakaman video yang menampakkan lebih menarik. Durasi video one shot diambil mengikut masa lagu yang dipilih tersebut. Terbahagi kepada one layer, two layer dan three layer.

Video one shot two layer ialah dirakam dengan tambahan satu lapisan lan selain daripada nyanyian. Misalnya, terdapat lakonan tambahan. Lakonan juga merupakan kandungan daripada lagu yang dipilih dalam video tersebut. Lakonan ini menjadikan video kelihatan lebih kreatif dan menarik.

Video one shot three layer ialah terdapat tiga lapisan dalam rakaman video ini selain daripada nyanyian. Lapisan lakonan dan pengerakan juga memainkan peranan dalam rakaman video ini. Lapisan pengerakan seperti pokok bergoyang, kereta bergerak dan sebagainya. Ini dapat membantu menjadikan video lebih kreatif dan tampak lebih menarik.

Dibawah ini saya sertakan video one shot one layer, two layer dan three layer daripada kumpulan Diez. Pemilihan lagu menarik dan lakonan yang mantap daripada kumpulan saya. Selamat menonton video menarik ini dan jangan lupa anda semua untuk likes sekali. Terima kasih...bye


                                                    VIDEO ONE SHOT ONE LAYER:

 


 Link video: https://youtu.be/9s96HnDhOhg

Kredit Musik: 
Lagu: Malam Bulan Dipagar Bintan
Penyanyi: The Mirza @ Warisan Studio

Penyanyi Asal: Allahyarham Tan Sri P. Ramlee & Allahyarhamah Saloma


VIDEO ONE SHOT TWO LAYER:




Link video : https://youtu.be/Fbt_3FG1b3s

Kredit:
Lagu : Peluang kedua
Penyayi: Nabila Razali


VIDEO ONE SHOT THREE LAYER:




Link video : https://youtu.be/XmKcdsKjTh8

Kredit Musik
Lagu : Kain Pelikat
Penyanyi: Anuar &Ellina










No comments:

Post a Comment