RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Posting terbaru untuk blog kali ini ialah nota ringkas tentang teknik asas grafik iaitu flatlay. Maaf saya tak berapa kreatif tapi mengandungi info dan maklumat yang ringkas dan lengkap. Semoga dapat membantu dan bermanfaat.
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi : Teori Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Assalamualaikum semua pembaca blog setia saya. Hari ini ada posting baru, semoga dapat memberi pengetahuan dan manfaat kepada anda semua. Berikut merupakan nota peta minda untuk teori analisis kritis (Vandijk, 1997).
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kita lagi kali. Dah dekat seminggu saya tak update blog. Agak busy dengan assignment. Apakah khabar semua pembaca blog setia saya. Semoga semua baik-baik dan sihat walafiat.
Pada posting kali ini, terdapat perkara dan info yang ingin saya kongsikan. Teknik asas grafik yang seterusnya iaitu flatflay. Teknik ini baru saja saya pelajari dalam kelas multimedia dalam bahasa baru-baru ini. Flatlay merupakan satu teknik atau kaedah yang digunakan untuk mengambil gambar. Terdapat empat jenis flatlay yang digunakan iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Teknik ini memfokuskan kedudukan atau posisi kamera ketika gambar diambil iaitu:
Flatlay: Kedudukan 90 darjah
Half flatlay: Kedudukan 45 darjah
Quarter flatlay: kedudukan 22.5 darjah
Zero flatlay: kedudukan 0 darjah
Selain itu, ini merupakan video yang hasilkan oleh saya yang mengandungi gambar-gambar yang diambil dengan teknik asas grafik flatlay. Selamat menonton dan diharapkan dapat membantu anda untuk memahami.
LINK YOUTUBE:https://youtu.be/4ds0CKERdJ8
Dalam video ini, saya telah membahagikan kepada empat bahagian mengikut jenis-jenis flatlay. Setiap bahagian ini mempunyai 10 jenis gambar iaitu 5 gambar makanan dan 5 gambar pelbagai jenis barangan. Oleh itu, keseluruhan gambar ini mengandungi 40 jenis makanan dan barangan. Wah, banyakkan gambar ! Makanan yang sungguh lazat dan menyelerakan betul-betul menguji kesabaran saya sewaktu di bulan mulia ini. Heheheheh, tetapi tidak mematahkan semangat dan usaha saya untuk menyiapkan video ini.
Diharapkan sedikit sebanyak video ini dapat membantu anda yang ingin mempelajari teknik asas grafik iaitu flatlay dengan betul. Semoga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi membaca post kali ini. Seamat menonton video dan bye-bye berjumpa lagi nanti….
HURAIAN : Baru-baru ini Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan sebuah program bual bicara yang bertajuk program sembang tamu. Setiap program ini akan mengupas tentang isu dan topik-topik yang begitu menarik. Pada kali topik yang dibincangkan tentang pengembara. Untuk program sembang tamu: Dilema Pengembara, tetamu yang dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk berkongsi tentang pengalaman beliau ialah Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Beliau merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti Malaysia. Dr. Siti Nur Aliaa Roslan menceritakan bahawa beliau pernah mengembara sebanyak 21 buah negara. Misalnya, Korea, Australia, dan sebagainya. Banyak tempat-tempat menarik yang dikongsikan oleh beliau. Ini memberikan semangat dan inpirasi kepada saya untuk beranikan diri mengenali tempat-tempat baru. Beliau juga berkongsi bahawa mula mengembara dari sejak kecil iaitu pada setiap hujung tahun dengan keluarganya akan pergi bercuti di tempat-tempat menarik. Contohnya, di Pulau Pinang. Pulau Pinang merupakan salah satu tempat kesukaan Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Sewaktu berumur 16 tahun, beliau telah mengembara ke luar negara untuk mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Dalam perkongsian ini, beliau turut menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan pengembara atau mengembara. Beliau berkata pengembara bukan sekadar pergi ke negara lain sahaja tetapi dalam negara sendiri juga dikenali sebagai mengembara. Ini menunjukkan mengembara adalah satu perkara baru yang dilakukan oleh orang lain iaitu keluar dari tempat sendiri dan belajar untuk mengenali tempat baru. Dr. Siti Nur Aliaa Roslan juga berkongsi bahawa beliau suka belajar cara dan gaya hidup di tempat-tempat baru. Menurut beliau, mencuba makanan di tempat-tempat mengembara adalah perkara penting dan sangat unik dilakukan oleh seorang pengembara. Beliau turut menjelaskan bahawa apabila ke tempat atau negara lain, elakkan daripada malu bertanya. Ini kerana, sikap yang berani bertanya dapat membantu dan memberikan pengetahuan kepada kita apabila di tempat lain. Jelas bahawa, Perkongsian daripada Dr. Siti Nur Aliaa Roslan sangat memberi manfaat dan keyakinan kepada saya untuk mencuba serta keluar daripada zon selesa dan mengembara di tempat baru. Sekian Terima Kasih… ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini!!!
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
BIRD'S EYE OF VIEW
Bird' eye view ialah gambar atau foto yang difokuskan daripada paparan keseluruhan dari atas seperti pandangan seekor burung yang berterbangan. Gambar ini menunjukkan keseluruhan dari atas dengan jelas dan nampak menarik. Bird's eye of view menampakkan yang lebih cantik dan lebih jauh dari kamera atau video.
1)
PAPAN CERITA
HURAIAN : Lokasi di atas menunjukkan gambar dari tingkat atas di bangunan IKEA, Batu Kawan, Pulau Pinang. Gambar ini diambil ketika jurugambar bekerja sambilan di IKEA pada 5 januari 2021. Jurugambar memfokuskan gambaran dari atas seperti pandangan seekor burung berterbangan. Gambaran ini menunjukkan paparan yang menampakkan keseluruhan objek atau benda dari atas. Misalnya, bumbung, jalan, tempat parking dan sebagainya. Gambaran dari atas menunjukkan semua kelihatan kecil.
2)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini menunjukkan awan, bangunan dan pokok-pokok yang di ambil dari Kolej di Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil pada waktu petang ketika jurugambar berada di dalam biliknya. Jurugambar memfokuskan keseluruhan gambaran dari biliknya yang menampakkan awan, bangunan dan pokok seperti pandangan seekor burung atau bird's eye of view.
3)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini menunjukkan bangunan, pokok-pokok, bukit dan sebagainya di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Gambar ini diambil pada waktu petang ketika jurugambar berada di atas bukit sewaktu berehat setelah berjoging. Jurugambar memfokuskan keseluruhan gambaran dari atas bukit untuk menampakkan seperti pandangan seekor burung. Gambar ini cantik dengan bangunan-bangunan tinggi dan bukit yang ditutupi dengan pokok-pokok yang menghijau.
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
KABUR
Kabur merupakan gambar atau foto yang memfokuskan latar belakang kelihatan kabur. Objek atau bahan di latar belakang masih kelihatan walaupun dikaburkan. Kekaburan ini dibuat untuk lebih berfokuskan kepada gambar atau foto yang ingin ditonjolkan. Dalam blog ini, jurugambar turut menampilkan elemen hadapan yang dikaburkan dan latar belakang difokuskan.
1)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil pada 17 oktober 2019 sewaktu jurugambar berjalan-jalan di Bukit Eskpo pada waktu petang. Jurugambar memfokuskan rumput dengan air hujan yang membasahi dan bahagian latar belakang dikaburkan. Kekaburan ini menunjukkan rumput, air hujan serta cahaya matahari lebih jelas dan kelihatan cantik. Namun begitu, latar belakang yang dikaburkan masih kelihatan dan tidak terganggu.
2)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di belakang halaman rumah. Gambar ini diambil pada waktu pagi iaitu 13 april 2021 ketika jurugambar membersihkan halaman belakang rumah. Jurugambar memfokuskan bahagian latar belakang dengan pantulan cahaya matahari di belakang. Kekaburan di bahagian belakang hadapan menyebabkan daun-daun di ranting pokok tidak difokuskan tetapi masih kelihatan dan tidak terganggu dengan paparan yang ingin ditonjolkan.
3)
PAPAN CERITA
MODEL: TOTI
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di hadapan halaman rumah. Gambar ini diambil pada waktu pagi iaitu 14 April 2021 ketika jurugambar berada di halaman rumah. Jurugambar memfokuskan bahagian hadapan model iaitu kucing peliharaan yang bernama Toti. Model tersebut berada di atas kereta dengan reaksi wajah pasrah. Latar belakang dikaburkan tetapi masih kelihatan gambar pokok-pokok dan jalan raya.
4)
PAPAN CERITA
MODEL: TEH TEH
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di pokok rambutan di hadapan rumah. Gambar ini diambil pada waktu petang iaitu 13 april 2021 ketika jurugambar bermain dengan kucing kesayangannya. Jurugambar memfokuskan gambar model iaitu kucing peliharaan bernama teh teh yang sedang duduk di dahan pokok rambutan. Jurugambar memfokuskan kekaburan di bahagian hadapan model dan latar belakang tidak dikaburkan. Latar belakang menampakkan daun-daun, pokok kelapa dan sebagainya.
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
MEDIUM SHOT
Medium shot ialah gambar atau video yang diambil dengan jarak yang hampir dengan kamera. Medium shot boleh menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang dan wajah seseorang lebih menyerlah. Medium shot sesuai untuk semua bahan, objek dan manusia. Medium shot boleh menampakkan gambaran atau video dengan lebih jelas di latar belakang.
1)
PAPAN CERITA
MODEL: AFIAH
HURAIAN: Lokasi gambar diatas diambil di kawasan taman perumahan yang berdekatan dengan tempat tinggal model iaitu MBI Desaku. Gambar ini diambil pada 29 november 2020 sewaktu model berehat dan berkelah dengan rakan-rakan. Jurugambar memfokuskan gambar model pada bahagian wajah yang tersenyum sambil melihat rakan-rakannya di bahagian kiri gambar.
2)
PAPAN CERITA
MODEL: Hapizah dan Afiah
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia bersempena Festival Colour War Fun. Festival ini diadakan pada 10 mac 2020 dan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan. Misalnya, senamrobik, nyanyian, jual beli dan sebagainya. Jurugambar memfokuskan gambar model pada bahagian wajah hingga paras lutut. jurugambar juga memfokuskan reaksi wajah model yang kelihatan gembira pada hari tersebut.
3)
PAPAN CERITA
MODEL: Peserta kesukarelawanan
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil oleh pelajar di kawasan perumahan nelayan Kemaman, Terengganu. Gambar ini diambil pada 30 november 2019 selepas selesai program kesukarelawanan. Jurugambar memfokuskan gambar model dengan reaksi wajah yang penat dan gembira kerana berjaya menyelesaikan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan.
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
OVER THE SHOULDER
Over the shoulder ialah gambar atau foto yang difokuskan pada bahagian bahu dan wajah model. Gambaran menampakkan bentuk bahu dengan jelas dan perlakuan model seperti tengah berbual dengan seseorang.
1)
PAPAN CERITA
MODEL: AFIFAH DAN AMIR
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di taman permainan Desa Aman yang berhampiran dengan tempat tinggal jurugambar. Gambar ini diambil pada 16 ogos 2021 sewaktu jurugambar berbual-bual dengan rakan-rakanya. Jurugambar memfokuskan pada bahagian bahu model dan reaksi wajah model. Model tersebut kelihatan berbual-bual dengan model lain.
2)
PAPAN CERITA
MODEL: NAFIS DAN AMIR
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di taman permainan Desa Aman yang berhampiran tempat tinggal jurugambar. Gambar ini diambil pada waktu petang iaitu 16 april 2021 sewaktu jurugambar berbincang dengan rakannya tentang tugasan kerja kursus yang diberikan. Jurugambar memfokuskan pada bahagian bahu dan reaksi wajah model yang tengah tersenyum.
3)
PAPAN CERITA
MODEL: AMIR DAN NAFIS
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di taman permainan Desa Aman yang berhampiran tempat tinggal jurugambar. Gambar ini diambil pada 16 april 2021 sewaktu jurugambar berjalan-jalan dengan rakan-rakan di taman permainan. Jurugambar memfokuskan pada bahagian bahau dan reaksi wajah model yang tengah kekok kerana model di hadapan terlalu tinggi darinya.
RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
SILUET
Siluet ialah gambar atau foto yang berbentuk gelap dan garis besar seseorang atau sesuatu yang kelihatan dalam cahaya yang terhad terhadap latar belakang yang lebih cerah. Siluet adalah imej seseorang, haiwan, objek atau adegan yang diwakili sebagai bantuk pepejal warna tunggal biasanya warna hitam, dengan tepinya sepadan dengan garis besar subjek. Bahagian dalam silut biasanya ditonjolkan. Latar belakang cahaya, biasanya putih atau tiada warna sekali.
1)
PAPAN CERITA
MODEL: PESERTA PENDAKIAN
HURAIAN: Lokasi gambar diatas di Port Dickson, Negeri Sembilan. Gambar ini diambil pada 25 februari 2020 sewaktu jurugambar menyertai program pendakian yang dianjurkan oleh pihak kolej 12 Universiti Putra Malaysia. Jurugambar memfokuskan bahgian hadapan kamera yang menampakkan lebih gelap dan bahagian latar belakang lebih cerah. Gambaran model lebih jelas walaupun kelihatan gelap. Gambaran ini menunjukkan model sedang berehat di tepi pantai selepas selesai mendaki.
2)
PAPAN CERITA
MODEL: ABANG
HURAIAN: Lokasi gambar ini dihadapan halaman rumah. Gambar ini diambil pada 15 april 2021 sewaktu jurugambar berada di halaman rumah. Jurugambar memfokuskan model di hadapan yang lebih gelap dan latar belakang lebih cerah. Warna gambar ini dibantu oleh pantulan cahaya matahari pada waktu tengahari.
3)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di kebun jurugambar. Gambar ini diambil pada 15 april 2021 sewaktu jurugambar berada di kebun milik keluarganya. Jurugambar memfokuskan imej pokok-pokok di bahagian hadapan yang lebih gelap. Latar belakang yang terdapat dalam gambar kelihatan lebih cerah dengan pantulan cahaya matahari.
4)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar di atas ialah di belakang halaman rumah. Gambar ini diambil pada 15 april 2021 sewaktu jurugambar membersihkan halaman rumah. Jurugambar memfokuskan daun-daun di ranting pokok yang lebih gelap dan latar belakang lebih cerah dengan bantuan pantulan cahaya matahari.