Sunday, April 25, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- ASAS FOTOGRAFI

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Assalamualaikum dan salam sejahtera, bertemu kita lagi kali. Dah dekat seminggu saya tak update blog. Agak busy dengan assignment. Apakah khabar semua pembaca blog setia saya. Semoga semua baik-baik dan sihat walafiat.

 Pada posting kali ini, terdapat perkara dan info yang ingin saya kongsikan. Teknik asas grafik yang seterusnya iaitu flatflay. Teknik ini baru saja saya pelajari dalam kelas multimedia dalam bahasa baru-baru ini. Flatlay merupakan satu teknik atau kaedah yang digunakan untuk mengambil gambar. Terdapat empat jenis flatlay yang digunakan iaitu flatlay, half flatlay, quarter flatlay dan zero flatlay. Teknik ini memfokuskan kedudukan atau posisi kamera ketika gambar diambil iaitu:

 Flatlay: Kedudukan 90 darjah

Half flatlay: Kedudukan 45 darjah

Quarter flatlay: kedudukan 22.5 darjah

Zero flatlay: kedudukan 0 darjah


Selain itu, ini merupakan video yang hasilkan oleh saya yang mengandungi gambar-gambar yang diambil dengan teknik asas grafik flatlay. Selamat menonton dan diharapkan dapat membantu anda untuk memahami.

 


LINK YOUTUBE: https://youtu.be/4ds0CKERdJ8 

Dalam video ini, saya telah membahagikan kepada empat bahagian mengikut jenis-jenis flatlay. Setiap bahagian ini mempunyai 10 jenis gambar iaitu 5 gambar makanan dan 5 gambar pelbagai jenis barangan. Oleh itu, keseluruhan gambar ini mengandungi 40 jenis makanan dan barangan. Wah, banyakkan gambar ! Makanan yang sungguh lazat dan menyelerakan betul-betul menguji kesabaran saya sewaktu di bulan mulia ini. Heheheheh, tetapi tidak mematahkan semangat dan usaha saya untuk menyiapkan video ini.

Diharapkan sedikit sebanyak video ini dapat membantu anda yang ingin mempelajari teknik asas grafik iaitu flatlay dengan betul. Semoga bermanfaat dan terima kasih kerana sudi membaca post kali ini. Seamat menonton video dan bye-bye berjumpa lagi nanti….


BUKTI KEHADIRAN:









No comments:

Post a Comment