Wednesday, April 21, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA




Kredit: oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka

https://www.facebook.com/DBPMalaysia/videos/952619102148626/?vh=e


HURAIAN Baru-baru ini Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan sebuah program bual bicara yang bertajuk program sembang tamu. Setiap program ini akan mengupas tentang isu dan topik-topik yang begitu menarik. Pada kali topik yang dibincangkan tentang pengembara. Untuk program sembang tamu: Dilema Pengembara, tetamu yang dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk berkongsi tentang pengalaman beliau ialah Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Beliau merupakan seorang pensyarah di sebuah universiti Malaysia. Dr. Siti Nur Aliaa Roslan menceritakan bahawa beliau pernah mengembara sebanyak 21 buah negara. Misalnya, Korea, Australia, dan sebagainya. Banyak tempat-tempat menarik yang dikongsikan oleh beliau. Ini memberikan semangat dan inpirasi kepada saya untuk beranikan diri mengenali tempat-tempat baru. Beliau juga berkongsi bahawa mula mengembara dari sejak kecil iaitu pada setiap hujung tahun dengan keluarganya akan pergi bercuti di tempat-tempat menarik. Contohnya, di Pulau Pinang. Pulau Pinang  merupakan salah satu tempat kesukaan Dr. Siti Nur Aliaa Roslan. Sewaktu berumur 16 tahun, beliau telah mengembara ke luar negara untuk mengikuti ibunya yang menyambung pelajaran di United Kingdom. Dalam perkongsian ini, beliau turut menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan pengembara atau mengembara. Beliau berkata pengembara bukan sekadar pergi ke negara lain sahaja tetapi dalam negara sendiri juga dikenali sebagai mengembara. Ini menunjukkan mengembara adalah satu perkara baru yang dilakukan oleh orang lain iaitu keluar dari tempat sendiri dan belajar untuk mengenali tempat baru. Dr. Siti Nur Aliaa Roslan juga berkongsi bahawa beliau suka belajar cara dan gaya hidup di tempat-tempat baru. Menurut beliau, mencuba makanan di tempat-tempat mengembara adalah perkara penting dan sangat unik dilakukan oleh seorang pengembara. Beliau turut menjelaskan bahawa apabila ke tempat atau negara lain, elakkan daripada malu bertanya. Ini kerana, sikap yang berani bertanya dapat membantu dan memberikan pengetahuan kepada kita apabila di tempat lain. Jelas bahawa, Perkongsian daripada Dr. Siti Nur Aliaa Roslan sangat memberi manfaat dan keyakinan kepada saya untuk mencuba serta keluar daripada zon selesa dan mengembara di tempat baru. Sekian Terima Kasih… ini sahaja perkongsian saya untuk kali ini!!!


BUKTI KEHADIRAN:





 

No comments:

Post a Comment