RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
BIRD'S EYE OF VIEW
Bird' eye view ialah gambar atau foto yang difokuskan daripada paparan keseluruhan dari atas seperti pandangan seekor burung yang berterbangan. Gambar ini menunjukkan keseluruhan dari atas dengan jelas dan nampak menarik. Bird's eye of view menampakkan yang lebih cantik dan lebih jauh dari kamera atau video.
1)
PAPAN CERITA
HURAIAN : Lokasi di atas menunjukkan gambar dari tingkat atas di bangunan IKEA, Batu Kawan, Pulau Pinang. Gambar ini diambil ketika jurugambar bekerja sambilan di IKEA pada 5 januari 2021. Jurugambar memfokuskan gambaran dari atas seperti pandangan seekor burung berterbangan. Gambaran ini menunjukkan paparan yang menampakkan keseluruhan objek atau benda dari atas. Misalnya, bumbung, jalan, tempat parking dan sebagainya. Gambaran dari atas menunjukkan semua kelihatan kecil.
2)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini menunjukkan awan, bangunan dan pokok-pokok yang di ambil dari Kolej di Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil pada waktu petang ketika jurugambar berada di dalam biliknya. Jurugambar memfokuskan keseluruhan gambaran dari biliknya yang menampakkan awan, bangunan dan pokok seperti pandangan seekor burung atau bird's eye of view.
3)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini menunjukkan bangunan, pokok-pokok, bukit dan sebagainya di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Gambar ini diambil pada waktu petang ketika jurugambar berada di atas bukit sewaktu berehat setelah berjoging. Jurugambar memfokuskan keseluruhan gambaran dari atas bukit untuk menampakkan seperti pandangan seekor burung. Gambar ini cantik dengan bangunan-bangunan tinggi dan bukit yang ditutupi dengan pokok-pokok yang menghijau.
RUJUKAN:
BUKTI KEHADIRAN:
No comments:
Post a Comment