RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
KABUR
Kabur merupakan gambar atau foto yang memfokuskan latar belakang kelihatan kabur. Objek atau bahan di latar belakang masih kelihatan walaupun dikaburkan. Kekaburan ini dibuat untuk lebih berfokuskan kepada gambar atau foto yang ingin ditonjolkan. Dalam blog ini, jurugambar turut menampilkan elemen hadapan yang dikaburkan dan latar belakang difokuskan.
1)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil pada 17 oktober 2019 sewaktu jurugambar berjalan-jalan di Bukit Eskpo pada waktu petang. Jurugambar memfokuskan rumput dengan air hujan yang membasahi dan bahagian latar belakang dikaburkan. Kekaburan ini menunjukkan rumput, air hujan serta cahaya matahari lebih jelas dan kelihatan cantik. Namun begitu, latar belakang yang dikaburkan masih kelihatan dan tidak terganggu.
2)
PAPAN CERITA
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di belakang halaman rumah. Gambar ini diambil pada waktu pagi iaitu 13 april 2021 ketika jurugambar membersihkan halaman belakang rumah. Jurugambar memfokuskan bahagian latar belakang dengan pantulan cahaya matahari di belakang. Kekaburan di bahagian belakang hadapan menyebabkan daun-daun di ranting pokok tidak difokuskan tetapi masih kelihatan dan tidak terganggu dengan paparan yang ingin ditonjolkan.
3)
PAPAN CERITA
MODEL: TOTI
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di hadapan halaman rumah. Gambar ini diambil pada waktu pagi iaitu 14 April 2021 ketika jurugambar berada di halaman rumah. Jurugambar memfokuskan bahagian hadapan model iaitu kucing peliharaan yang bernama Toti. Model tersebut berada di atas kereta dengan reaksi wajah pasrah. Latar belakang dikaburkan tetapi masih kelihatan gambar pokok-pokok dan jalan raya.
4)
PAPAN CERITA
MODEL: TEH TEH
HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di pokok rambutan di hadapan rumah. Gambar ini diambil pada waktu petang iaitu 13 april 2021 ketika jurugambar bermain dengan kucing kesayangannya. Jurugambar memfokuskan gambar model iaitu kucing peliharaan bernama teh teh yang sedang duduk di dahan pokok rambutan. Jurugambar memfokuskan kekaburan di bahagian hadapan model dan latar belakang tidak dikaburkan. Latar belakang menampakkan daun-daun, pokok kelapa dan sebagainya.
RUJUKAN:
BUKTI KEHADIRAN:
No comments:
Post a Comment