Sunday, April 18, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS GRAFIK- MEDIUM SHOT

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

MEDIUM SHOT

Medium shot ialah gambar atau video yang diambil dengan jarak yang hampir dengan kamera. Medium shot boleh menunjukkan aktiviti yang dilakukan oleh seseorang dan wajah seseorang lebih menyerlah. Medium shot sesuai untuk semua bahan, objek dan manusia. Medium shot boleh menampakkan gambaran atau video dengan lebih jelas di latar belakang.


1)   


PAPAN CERITA




MODEL: AFIAH

HURAIAN: Lokasi gambar diatas diambil di kawasan taman perumahan yang berdekatan dengan tempat tinggal model iaitu MBI Desaku. Gambar ini diambil pada 29 november 2020 sewaktu model berehat dan berkelah dengan rakan-rakan. Jurugambar memfokuskan gambar model pada bahagian wajah yang tersenyum sambil melihat rakan-rakannya di bahagian kiri gambar.


2) 


PAPAN CERITA



MODEL: Hapizah dan Afiah

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Kolej Sepuluh Universiti Putra Malaysia bersempena Festival Colour War Fun. Festival ini diadakan pada 10 mac 2020 dan terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan. Misalnya, senamrobik, nyanyian, jual beli dan sebagainya. Jurugambar memfokuskan gambar model pada bahagian wajah hingga paras lutut. jurugambar juga memfokuskan reaksi wajah model yang kelihatan gembira pada hari tersebut.


3) 
                                     
                                                                         PAPAN CERITA



                                                     MODEL: Peserta kesukarelawanan

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil oleh pelajar di kawasan perumahan nelayan Kemaman, Terengganu. Gambar ini diambil pada 30 november 2019 selepas selesai program kesukarelawanan. Jurugambar memfokuskan gambar model dengan reaksi wajah yang penat dan gembira kerana berjaya menyelesaikan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan.

RUJUKAN:


BUKTI KEHADIRAN:





No comments:

Post a Comment