Sunday, April 18, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS GRAFIK- LONG SHOT


RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
 

LONG SHOT

Long shot ialah gambar atau video yang diambil dari jarak yang jauh. Long shot menunjukkan keseluruhan paparan gambaran yang lebih jelas.



1)


PAPAN CERITA



HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di pantai Chendor, Kemaman, Terengganu. Gambar ini diambil pada 29 november 2019 ketika jurugambar beristirehat dan meluangkan masa di tepi pantai. Jurukamera memfokuskan jarak jauh dari pantai untuk menunjukkan paras air laut yang surut pada waktu petang.




  2)

PAPAN CERITA



MODEL: Pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil pada 11 januari 2020 setelah selesai menjawab peperiksaan akhir bagi semester akhir tahun pertama. Jurugambar memfokuskan jarak jauh untuk menunjukkan paparan keseluruhan gambar. Misalnya, model yang sedang duduk atau berdiri, awan, pokok-pokok dan padang rumput yang menghijau.


3) 


PAPAN CERITA



HURAIAN: Lokasi gambar di atas diambil di tepi jalan besar Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil pada 30 november 2019 sewaktu jurugambar berjalan-jalan dengan rakan-rakan. Jurukamera memfokuskan gambaran keseluruhan yang menunjukkan jalan, pokok-pokok serta bangunan. Gambar ini menunjukkan setiap bahagian permandangan di kawasan itu.

RUJUKAN:


BUKTI KEHADIRAN:






No comments:

Post a Comment