Sunday, April 18, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- PERMANDANGAN

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


PERMANDANGAN

Permandangan ialah gambar atau foto yang memfokuskan keseluruhan paparan yang diingini. Gambar permandangan dianggap cantik sekiranya menunjukkan keseluruhan gambaran yang jelas dan semua benda atau perkara kelihatan. Gambar permandangan lebih difokuskan berbanding manusia. Sekiranya, gambar manusia difokuskan, maka permandangan menjadi tidak cantik dan lebih kepada gambar berbentuk long shot. 


1)


PAPAN CERITA



HURAIAN: Lokasi diatas menunjukkan permandangan dari puncak atas Bukit Mok Cun di Kodiang, Kedah. Gambar ini diambil ketika jurugambar sedang beristirehat setelah selesai aktiviti pendakian. Jurugambar memfokuskan keindahan permandangan dari atas yang menunjukkan kehijauan sawah padi dan tumbuh-tumbuhan. Permandangan itu nampak jelas dan lebih menarik.



2)


PAPAN CERITA




HURAIAN: Lokasi gambar ini menunjukkan bangunan-bangunan yang terdapat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Gambar ini diambil pada 28 februari 2019 ketika jurugambar menyertai program yang dianjurkan di Universiti tersebut. Jurugambar memfokuskan keseluruhan bangunan sehingga ke bahagian jalan. Kekosongan yang terdapat di sekitar jalan dan bangunan menunjukkan gambaran lebih jelas dan menarik.


3)


PAPAN CERITA



HURAIAN: Lokasi gambar ini menunjukkan permandangan di tepi pantai Pulau Pinang. Gambar ini diambiL ketika jurugambar meluangkan masa pada waktu cuti semester dengan keluarga. Jurugambar memfokuskan keindahan permandangan di tepi laut yang menunjukkan air laut membiru dan pasir yang terbentang luas. Permandangan ini sangat cantik dan menenangkan.
 

RUJUKAN:


BUKTI KEHADIRAN:




No comments:

Post a Comment