Sunday, April 18, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4- ASAS GRAFIK- PORTRAIT

RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


PORTRAIT

Portrait ialah gambar atau foto yang difokuskan pada jarak dekat.Portrait diambil dengan menunjukkan keseluruhan anggota badan atau hanya memfokuskan pada bahagian wajah. misalnya, menampakkan emosi, misai, tahi lalat, jerawat, kedutan dan sebagainya. Gambar atau foto portrait juga diambil di dalam studio yang tertutup. Hal ini kerana studio disediakan dengan lampu khas dan ruang yang cukup untuk gambar portrait.


1) GAMBAR KESELURUHAN



PAPAN CERITA


MODEL: ANN

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Batu Feringghi, Pulau Pinang. Gambar ini diambil pada 3 julai 2019 ketika jurugambar bercuti dengan ahli keluarga pada waktu cuti semester. Jurugambar memfokuskan jarak dekat model untuk menampakkan keseluruhan gambaran. Wajah model kelihatan penat dan termenung melihat permandangan di pantai. Pantulan cahaya matahari membantu untuk menampakkan gambar lebih jelas dan cantik.



PAPAN CERITA


MODEL: AFIAH

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Bukit Ekspo Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil pada 17 disember 2019 ketika jurugambar berjoging dengan rakan-rakannya pada waktu petang. Jurugambar memfokuskan keseluruhan anggota badan model untuk menampakkan hasil yang jelas dan cantik. Suasana dan cahaya matahari pada waktu senja membantu untuk gambaran ini kelihatan menarik. Reaksi wajah model kelihatan tenang dan gembira ketika menikmati matahari terbenam pada waktu senja.



PAPAN CERITA


MODEL: ROSLI

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Bukit Mok Cun, Kodiang, Kedah. Gambar ini diambil pada 12 disember 2020 ketika jurugambar mendaki bukit dengan rakan-rakan pada waktu pagi. Jurugambar memfokuskan keseluruhan anggota badan model yang sedang baring diatas buaian. Paparan keseluruhan yang diambil nampak kelihatan jelas dan menarik, Gambar yang diambil ini jugak menampakkan latar belakang seperti pokok-pokok yang menghijau, cahaya matahari dan sebagainya.


2) GAMBAR SEPARUH



PAPAN CERITA


MODEL: ANIS, AFIAH DAN HAPIZAH

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di dataran Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil ketika jurugambar menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak universiti iaitu pada 4 oktober 2019. Jurugambar memfokuskan bahagian wajah model hingga ke paras lutut. Gambaran ini juga menampakkan emosi gembira daripada wajah ketiga-tiga model ini.



PAPAN CERITA


MODEL: SAHADA, SURAYA, AFIAH DAN AQILAH

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di Alamanda Shopping Centre. Gambar ini diambil ketika jurugambar membeli-belah bersama-sama rakannya pada waktu cuti iaitu 11 disember 2019. Jurugambar memfokuskan pada bahagian wajah hingga bahagian paras pinggang. Jurugambar mengambil gambar ketika model sedang duduk. Gambaran ini turut menampakkan reaksi wajah yang kelihatan gembira ketika itu.



PAPAN CERITA


MODEL: ADREANA DAN AFIAH

HURAIAN: Lokasi gambar ini di ambil di dataran Pusat Kebudayaan dan Keseniaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Universiti Putra Malaysia. Gambar ini diambil pada 11 januari 2020 ketika selesai menjawab peperiksaan akhir bagi semester akhir tahun pertama. Jurugambar memfokuskan pada bahagian wajah hingga paras lutut model. Gambaran ini kelihatan jelas dan cantik kerana dibantu oleh pantulan cahaya matahari. Jurugambar juga juga memfokuskan reaksi wajah gembira model kerana selesai menjawab peperiksaan.


3) GAMBAR BAHAGIAN MUKA



PAPAN CERITA


MODEL: NAFIS

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di hadapan rumah model. Gambar ini diambil pada 16 april 2021 iaitu waktu petang ketika jurugambar berada di luar rumah. Jurugambar memfokuskan pada bahagian wajah sehingga paras dada model. Gambaran menunjukkan lebih jelas yang menampakkan misai, kening dan sebagainya. Emosi model juga kelihatan gembira dan ingin ketawa.



PAPAN CERITA


MODEL: AYAH DAN MAK

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di kampung Sedim iaitu tempat tinggal neneknya. Gambar ini diambil pada waktu pagi iaitu hari perayaan Aidilfitri di rumah nenek. Jurugambar memfokuskan bahagian wajah hingga paras dada model. Gambaran ini kelihatan jelas yang menampakkan misai, kedutan dan sebagainya. Emosi model kelihatan tiada perasan kerana model tersebut dipaksa untuk bergambar.



PAPAN CERITA


MODEL: AMIR

HURAIAN: Lokasi gambar ini diambil di hadapan rumah model. Gambar ini diambil pada 16 april 2021 ketika jurugambar berada di luar rumah. Jurugambar memfokuskan pada bahagian muka hingga paras dada yang menampakkan misai, kening dan sebagainya. Emosi model kelihatan gembira dan ingin ketawa kerana rakan-rakanya mengusik.


RUJUKAN:


BUKTI KEHADIRAN:






No comments:

Post a Comment