RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
NOTA: Teknik mugshot merupakan salah satu elemen daripada asas grafik. Mugshot adalah gambar atau foto yang berfokuskan yang diambil dalam jarak dekat. Mugshot dilakukan adalah untuk menunjukkan raut wajah secara terperinci dan mudah dikenali oleh orang lain. Mugshot berbeza dengan close up kerana menumpukan pada bahagian muka hingga bahagian paras dada. Antaranya ialah gambar kad pengenalan atau pasport, gambar orang ketika ditemubual dan sebagainya. Namun, video tidak sesuai untuk melakukan mugshot kerana terdapat pengerakan. Ini tidak memfokuskan pada bahagian muka secara terperinci.
MODEL: Nor Afiah Bt Suhaimi
1)
EMOSI: GEMBIRA
HURAIAN: Model menunjukkan reaksi wajah yang gembira. Ini menunjukkan model dalam keadaan emosi yang gembira dan baik. Model tersenyum manis ketika gambar ditangkap.
2)
HURAIAN: Model dalam keadaan emosi yang sedih. Ini disebabkan model itu tengah menonton drama korea yang sedih.
3)
HURAIAN: Model menunjukkan reaksi wajah yang terkejut. Ini jelas menunjukkan model menggambarkan emosi terkejut dengan pelbagai riak wajah. Ini kerana model terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh sahabatnya.
4)
EMOSI: TAKUT
HURAIAN: Model berada dalam keadaan emosi takut. Ini kerana model terdengar bunyi pelik dan tinggal bersendirian dan pada waktu malam.
5)
EMOSI: MARAH
HURAIAN: Model menunjukkan emosi marah dengan pelbagai reaksi wajah. Ini disebabkan model marah kerana makanannya dicuri oleh kucing peliharaannya.
6)
EMOSI: KETAWA
HURAIAN: Model berada dalam keadaan emosi ketawa. Ini disebabkan model sedang menonton rancangan lawak Korea yang bertajuk running man.
7)
EMOSI: GERAM
HURAIAN: Model menunjukkan reaksi wajah dalam keadaan emosi geram. Hal ini mungkin disebabkan model berasa geram kerana makanan yang dipesan mengambil masa yang lama untuk sampai.
BUKU RUJUKAN
👍🏼
ReplyDeletekecik molek..cuteee
ReplyDelete