RUJUKAN: Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia
NOTA: Teknik close up merupakan salah satu elemen yang terdapat dalam asas grafik. Close up adalah satu bentuk gambar atau foto yang diambil dalam jarak dekat dan hanya berfokuskan pada bahagian muka. Close up berbeza dengan mugshot kerana hanya menunjukkan pada bahagian wajah seseorang dengan lebih jelas. Close up juga berfokuskan sesama seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Namun, bahagian wajah atau aktiviti yang dilakukan pada jarak dekat yang difokuskan. Video juga dirakam pada jarak yang dekat. Hal ini adalah untuk menunjukkan wajah seseorang atau aktiviti dalam jarak yang sama.
A) Binatang
Seekor kucing yang duduk di atas batang kayu.
Seekor lembu di kandang pada waktu petang.
Seekor cicak di atas daun.
Seekor sloth di Zoo pada waktu malam.
Seekor serangga yang hinggap di atas daun.
B) Bunga dan Daun
Sekuntum bunga mawar yang dibasahi dengan titisan embun pada waktu pagi.
Sekuntum bunga terbiar yang tumbuh di sekitar rumah.
Tanaman hiasan yang unik ditanam di halaman rumah.
Bunga yang baru berkembang dan mekar daripada pokok.
Daun pokok rambutan yang ditanam di belakang halaman rumah. Bunga itu menandakan pokok rambutan akan menghasilkan buah tidak lama lagi.
C) Barang
Beberapa pen yang berwarna-warni yang berada di atas meja.
Sebuah buku nota yang digunakan untuk mencatat perkara-perkara penting.
Sebuah jam loceng yang digunakan untuk menetapkan masa bangun dari tidur.
Seutas gelang emas pemberian daripada ibu bapa pada hari lahir.
Vitamin C yang diamalkan pada setiap hari untuk memberi tenaga dan kesihatan yang baik.
D) Manusia
Gambaran seorang perempuan dengan wajah kegembiraan ketika diambil gambar.
Gambaran separuh muka yang hanya menampakkan bahagian mata dan kening.
Gambaran seorang kanak-kanak yang sedang menikmati keenakan buah durian.
Gambaran seorang perempuan yang tersenyum manis.
GAMBAR RUJUKAN
No comments:
Post a Comment