Wednesday, April 7, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3- CERITA SOSIAL 2


RUJUKAN:  Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana danStrategi Komunikasi : Teori Aplikasi, Penerbit UMT, Kuala Nerus.


RINGKASAN CERITA: 

    Cerita ini mengisahkan tentang ragam sebuah keluarga pada hari cuti. Mereka mempunyai anak yang bernama Alim, Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Pada hari Ahad yang lalu, bapa membeli buah-buahan tempatan yang banyak dari pasar Tani. Anak-anaknya gemar makan buah-buahan tempatan. Misalnya, buah rambutan, buah durian, buah langsat, buah duku dan sebagainya. Bapa memberitahu pada anak sulungnya iaitu Abang Imran untuk memanggil adik-adiknya makan buah-buahan ini bersama-sama. Adik-adiknya kelihatan seronok apabila melihat buah-buahan yang banyak. Adiknya yang bernama Aisyah menjerit sambil melompat-lompat apabila melihat buah kegemarannya iaitu buah manggis. Ibu turut menyediakan bakul sampah dan  memesan supaya tidak membuang sampah di merata-rata tempat. Anak-anak turut menggangguk menandakan mereka faham arahan ibunya. Alim turut bertanya untuk meminta keizinan pada ibunya untuk memberikan sedikit buah-buahan yang banyak itu kepada sahabat baiknya. Alim mempunyai sahabat baik yang bernama Sulaiman. Hal ini kerana ibu bapanya sering berpesan supaya selalu berkongsi makanan atau barang yang kita suka dengan orang lain. Ini adalah suatu perbuatan yang baik dan mulia. Ibunya mengizinkan dan bersyukur kerana Alim sentiasa mengingati pesanannya. Ibu mengasingkan buah-buahan untuk diberikan kepada Sulaiman. Ibu meletakkan buah manggis dan buah rambutan dalam plastik merah. 

    Rumah Sulaiman tidak berjauhan dari rumah Alim. Ini tidak mengambil masa yang lama untuk menghantar ke rumahnya kerana berada di kawasan kejiranan yang sama. Ibu turut memaklumkan bahawa dia ternampak Sulaiman sedang menyiram pokok bunya di halaman rumahnya. Alim terus mengambil plastik merah yang berisi buah dan terus pergi ke rumah Sulaiman. Setibanya di rumah Sulaiman, Alim terus memberikan bungkusan plastik itu kepada Sulaiman. Sulaiman tersenyum dengan pemberian daripada sahabatnya itu. Sulaiman juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada Alim. Akhirnya, Alim pulang ke rumah dengan wajah yang tersenyum dan hati yang riang. Alim tahu bahawa sifat berkongsi adalah suatu perbuatan yang baik. Dia sering melihat Abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah sering berkongsi makanan atau barangan dengan dia. Alim menyertai ahli keluarganya yang sedang makan buah-buahan itu. Setelah siap makan, Alim menolong ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, Abang Imran dan Kak Madinah mengemas rumah.  Alim turut memasukkan sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah. 

    Tiba-tiba, Alim terserempak dengan ibu Sulaiman iaitu Mak Cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak cik Timah rajin membersihkan halaman rumah pada hujung minggu. Oleh itu, rumahnya kelihatan bersih dan cantik. Mak Cik Timah menyapa Alim ketika dia sedang membuang sampah. Mak Cik mengucapkan terima kasih kerana memberikan buah-buahan kepada anaknya, Sulaiman. Alim mengatakan ibunya sering berpesan berkongsi itu adalah perbuatan yang baik. Ibunya tutrut memuji bahawa sahabatnya, Sulaiman adalah seorang yang baik. Turut tidak dilupakan, Mak Cik Timah dan suaminya iaitu Pak Cik Yakub adalah seorang baik. Alim turut mengatakan kita seharusnya berbaik dengan semua jiran. Mak Cik Timah dengan wajah sedih mengatakan Alim seorang anak yang baik. Alim hairan mengapa wajah Mak Cik Timah sedih. Mak Cik Timah tidak sedih tetapi gembira kerana Alim sudi berkawan dengan anaknya Sulaiman. Alim mengatakan dia sangat sukakan Sulaiman sambil melambaikan ke arah Sulaiman yang tengah membasuh basikal. Alim masuk ke dalam rumah. Mak Cik Timah berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga.


( 500 patah perkataan )

 

No comments:

Post a Comment