Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-ASAS GRAFIK-TEKS-DIEZ


BBM3204-2021-MINGGU 2-TEKS-INTERNET

1.


Elemen
:Teks

Tema:Sukan 

Rujukan:Faisal, m. (2012, october 7). Graphic design junction. Retrieved from 50 fresh examples of advertising posters: http://graphicdesignjunction.com/2012/09/50-fresh-examples-of-advertising-posters/

Huraian: Gambar grafik di atas merupakan sebuah poster iklan bagi sebuah jenama kasut yang terkenal iaitu nike. Grafik tersebut menampakkan penggunaan elemen teks yang sangat baik. Elemen teks dalam grafik tersebut digunakan untuk menyatakan moto jenama tersebut. Daripada teks tersebut, audiens dapat memahami bahawa penyunting sedang mempromosikan kasut yang berjenama nike.


2.



Elemen: Teks

Tema: Aksesosri

Rujukan:Internet. Diakses pada 1 April 2021,https://www.google.com.my/search?q=apple+watch+promotion&tbm=isch&ved=2ahUKEwiI9ZGLq9_vAhUIK7cAHajZBvgQ2-cCegQIABAA&oq=promotion+watch

Huraian: Gambar di atas menerangkan satu iklan tentang tiga buah jam tangan pintar berjenama Apple.  Iklan jam tangan pintar tersebut disertai dengan teks “Easy to give. Easier to use” memberi persepsi tentang jam tangan pintar tersebut. Terdapat juga teks “Save up to S$370 on Apple Watch Series 4” bagi mempromosikan harga jam tangan pintar berjenama Apple kepada pelanggan. Teks ini ditulis bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli jam tangan pintar berjenama Apple tersebut. Oleh itu, teks tersebut hendaklah ditulis menggunakan saiz font yang besar dan menarik bagi menarik minat pengguna untuk membacanya.


3.


 

Elemen:Teks

Tema: Makanan

Rujukan:Internet, Pinterest. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/6Uv9Xb

Huraian: Gambar di atas menunjukkan iklan coklat yang dapat menarik minat pengguna. Jenis dan saiz font yang terdapat dalam iklan tersebut sesuai dan dapat dilihat dengan jelas. Kombinasi tumbuh-tumbuhan seperti bunga dan warna dalam font yang jelas dan tidak mengganggu pandangan pengguna untuk melihat.

 

4.




Elemen:Teks

Tema: Kemasyarakatan 

Rujukan:(2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada sinar harian website: https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2019%2F08%2F02%2F414182.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F41065%2FEDISI%2FSabah-Sarawak%2FPapan-tanda-larangan-merokok-di-5206-premis-makanan-di-Sabah&tbnid=yfe-1xfd_5ueZM&vet=12ahUKEwjwrLHqg-DvAhWEXHwKHdmFCDgQMygdegUIARCDAg..i&docid=IuYM_0v8z1CrtM&w=600&h=450&q=gambar%20papan%20tanda%20amaran&ved=2ahUKEwjwrLHqg-DvAhWEXHwKHdmFCDgQMygdegUIARCDAg 

Huraian:Gambar tersebut menunjukkan papan tanda amaran ‘Dilarang Merokok’ yang diletakkan disebuah restoran. Gambar tersebut menonjolkan elemen teks. Teks ditulis dengan menggunakan font yang besar, terang dan jelas agar dapat dilihat oleh orang ramai. Warna yang dipilih untuk font pula adalah warna merah. Hal ini demikian untuk menarik perhatian orang ramai untuk melihat papan tanda tersebut agar dapat mematuhi arahan untuk tidak merokok dalam premis.


5.


Elemen:Teks

Tema:Musik

Rujukan:(n.d.). Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://twitter.com/MnetMAMA/status/1335521034968190976/photo/

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sekumpulan kpop idol Korea yang dikenali sebagai NCT 2020 menghadiri sebuah award (majlis penghargaan). Majlis pengahargaan tersebut dikenali sebagai 2020 Mnet Asian Music Awards (MAMA) yang mana teks tulisan nama majlis tersebut dapat dilihat dengan sangat jelas. Hal ini kerana penggunaan jenis font dan saiz yang sesuai dapat dilihat pada banner yang diletakkan di zon karpet merah tersebut. Sesiapa yang melihat gambar ini akan tahu bahawa kumpulan NCT 2020 mengahadiri sebuah majlis penghargaan (musik) berpandukan teks yang terpapar pada gambar tersebut.


6.


Elemen: Teks

Tema:Makanan

Rujukan:(2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada Gstatic.com website: https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTj_mm6GDAiDCwOXjTGPq96kgOGA1mT6voYBg&usqp=CAU

Huraian: Gambar di atas memfokuskan penggunaan teks. Penggunaan teks dengan saiz font yang berbeza dan jenis yang berbeza sebenarnya berdasarkan kepentingan tertentu seperti perkara yang ingin difokuskan. Jika dilihat berdasarkan gambar di atas, perkataan ‘BLACK FRIDAY’ menggunakan saiz font yang besar berbanding tarikh, ini kerana perkara yang hendak difokuskan adalah menu tersebut. Terdapat juga penggunaan lambang atau logo BR (baskin robbin) yang merujuk kepada jenama makanan tersebut.


7.


 

Elemen:Teks 

Tema:Makanan

Rujukan: (2015). Diakses pada 1 April, 2021, daripada Eyeka.com website: https://blogen.eyeka.com/2014/12/19/show-us-how-pampering-yourself-with-kinder-bueno-changes-the-way-you-see-life

Huraian:Gambar di atas menunjukkan penggunaan teks pada grafik. Penggunaan warna dan saiz bagi teks tersebut adalah baik dimana teks tersebut akan jelas kelihatan jika dilihat daripada jarak yang jauh. Jenis font bagi teks tersebut adalah sesuai kerana mudah dan jelas untuk dibaca. Selain itu, teks tersebut menerangkan secara langsung berkenaan grafik tersebut dimana teks ‘kinder bueno’ tersebut merujuk kepada nama coklat yang dipaparkan.


8.



Elemen:Teks

Tema:Lambang

Rujukan:Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=shoppee&sxsrf=ALeKk03MZPSh_LJPJfywsoNyhHE2D34pkw:1617372908898&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwibxtDN39_vAhXq6XMBHb_eDkkQ_AUoAnoECAEQBA#imgrc=CytSeRBBGVhRSM

Huraian:Gambar di atas menunjukkan sebuah lambang aplikasi untuk online shopping yang dipanggil Shopee. Gambar di atas juga menfokuskan kepada lambang ‘S’ besar dan penggunaan teks ‘Shopee’ dan penggunaan warna berbeza. Hal ini dapat menunjukkan para pembaca dapat membaca teks yang ditulis dengan mudah.


9.


 

Elemen:Teks

Tema:Nasihat Kesihatan

Rujukan:Internet, Billboard Malaysia diakses pada 2 April 2021 daripada https://www.google.com/search?q=billboard+malaysia&tbm=isch&ved=2ahUKEwjS4aO01d7vAhVJ5jgGHeWrCMIQ2-cCegQIABAA&oq=billboard+malaysia&

Huraian:Gambar di atas menunjukkan sebuah billboard yang berbentuk nasihat kepada masyarakat. Gambar di atas jelas menunjukkan teks tulisan ‘Tak nak!’ dan sebelahnya terdapat gambar sebatang rokok. Teks yang terdapat dalam billboard di atas sangat ringkas dan tidak meleret-leret tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam. Penggunaan saiz dan jenis font juga sangat bersesuaian . walau bagaimanapun, teks yang terdapat dalam billboard itu juga tidak menghalang objek gambar sebatang rokok yang hendak difokuskan.


10.

 

Elemen: Teks

Tema: Minuman

Rujukan: Salamadian. (2019). Retrieved March 25,2021, From https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=SQGJR9jo&id=5EED797FA0F7773AD78B879404859DA0B506D598&thid=OIP.SQGJR9jo3DGLmvQMq6eBpQHaEM&mediaurl=https%3a%2f%2fsalamadian.com%2fwp-content%2fuploads%2f2017%2f09%2fcontoh-iklanprodukminuman.jpg&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR49018947d8e8dc318b9af40caba781a5%3frik%3dmNUGtaCdhQSUhw%26pid%3dImgRaw&exph=396&expw=700&q=Contoh+Gambar+Iklan&simid=608033147163133688&ck=D2AEE67E19A954B8052706E36B60F452&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0

Huraian:Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat sejenis minuman susu fermentasi. Minuman ini sering diminati oleh kanak-kanak. Apabila kita melihat Yakult, kita pasti teringat zaman kanak-kanak kita dulu. Kita juga sering melihat iklan Yakult di televisyen kita.


BBM3410-2021-MINGGU 2-TEKS-SENDIRI

1.

Elemen: Teks

Tema: Produk makanan

Rujukan: Gambar sendiri 

Huraian:Gambar grafik di atas merupakan gambar sebuah beg kertas daripada produk makanan iaitu frunchie. Grafik tersebut menunjukkan penggunaan elemen teks atas perkataan ‘frunchie’. Penggunaan elemen teks tersebut ditulis dengan besar dan memberikan gambaran yang jelas kepada audiens tentang produk makanan yang dijual dan menarik minat pengguna untuk membelinya.


2.


Elemen: Teks

Tema: Instrumen

Rujukan: Gambar sendiri 

Huraian:Gambar di atas merupakan gambar sebuah papan tanda tentang promosi jualan gitar. Papan tanda tersebut menunjukkan teks jualan “Sale!” bagi mempromosikan harga gitar yang dijual. Teks jualan pada papan tanda tersebut menggunakan saiz font yang besar dan warna yang terang. Ini menyebabkan pelanggan dapat melihat dengan jelas dan menarik minat mereka untuk membaca papan tanda tersebut. Papan tanda juga diletakkan di hadapan kedai dengan jelas bagi menarik perhatian pelanggan.


3.

Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan aneka jenis makanan dan minuman seperti ayam goreng, kentang goreng serta minuman bergas. Penggunaan teks seperti “ 4 finger” menunjukkan nama restoran tersebut. Hal ini memudahkan dan memberi panduan kepada seseorang yang berkeinginan untuk mendapatkan makanan tersebut. Jenis dan saiz font yang digunakan sangat sesuai dan disampaikan dengan baik.


4.


Elemen: Teks

Tema: Perlengkapan

Rujukan: Gambar Sendiri

Huraian: Gambar tersebut menunjukkan sebuah kedai yang menjual perlengkapan rumah yang terletak ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Gambar tersebut ada menonjolkan elemen teks. Font yang digunakan mudah dilihat, jelas dan dapat menarik perhatian pelanggan. Pemilihan perkataan juga baik kerana mudah difahami oleh pelanggan bahawa kedai tersebut merupakan kedai yang menjual perhiasan dalaman rumah.


5.

Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan aneka jenis makanan Korea yang dimakan di sebuah restoran yang terletak di Bangi. Teks tulisan happiness pada gambar tersebut menunjukkan rasa senang hati pemilik gambar. Tambahan pula, orang sering mengaitkan makanan dengan kegembiraan. Jadi, jelaslah disini bahawa teks hapiness tersebut mengambarkan rasa seronok dan bahagia kerana dapat makan makanan Korea bersama kawan-kawannya.


6.


Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar Sendiri

Huraian:Gambar di atas menunjukkan bahawa juru gambar ingin menunjukkan makanan yang dibeli iaitu Golden Salted Egg Peyek. Gambar ini turut menggunakan saiz dan jenis font yang berbeza dalam penulisan teks. Penggunaan saiz font yang besar dengan tulisan huruf besar dapat memberikan fokus terus terhadap jenama makanan tersebut. Kepelbagaian jenis font yang berbeza tetapi tidak terlalu rumit juga dapat menarik minat audiens melihat dan memahami dengan mudah mesej yang hendak disampaikan.


7.



 

Elemen: Teks

Tema: Kehidupan

Sumber: Gambar Sendiri

Huraian: Gambar diatas menunjukkan penggunaan warna teks yang sesuai dengan latar grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana teks yang berwarna cerah akan kelihatan timbul jika disertai dengan gambar latar yang gelap. Selain itu, saiz dan jenis font juga adalah jelas dan mudah untuk dibaca. Teks tersebut menjelaskan bahawa kucing itu bernama Doggo.


8.

 

Elemen: Teks

Tema: Minuman

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian:Gambar di atas menunjukkan bahawa secawan kopi bercorak bunga di atas meja dan di atasnya menunjukkan petikan teks tentang kopi. Petikan itu merujuk kepada keperluan kopi dalam kehidupan. Teks yang menggunakan warna yang terang juga dapat dibaca dengan mudah oleh para pembaca.


9.



 

Elemen: Teks

Tema: Persahabatan

Rujukan: Gambar Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan lima orang sahabat yang sedang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah. Gambar tersebut juga jelas menunjukkan teks yang diedit oleh salah seorang daripada mereka berlima. Teks tersebut berisi By: US FRIENDS, BEST OF MEMORY . Teks tersebut sangat ringkas dan tidak meleret-leret serta tidak menghalang gambar objek yang hendak ditunjukkan. Saiz font yang dipilih juga sangat sesuai.


10.



Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat ice-cream yang sangat menyelerakan. Ice-cream tersebut hanya boleh didapati di Desa Cattle Dairy Farm. Tambahan pula, ice-cream tersebut segar yang membawa makna dibuat dari perahan susu di Desa Cattle Farm. Ice-cream ini tidak membawa kekecewaan kepada anda yang menikmatinya.



CARTA ORGANISASI ELEMEN TEKS

Ketua : Adreana 204113

Penolong : VIVIAN 202967

Editor : Hapizah 203936

Penolong Editor 1 : Anis 203012

Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 3 : Adilla 201848

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Akma 203935

AJK Semakan : Hidayah 203937

Penolong : VIVIAN 202967

Editor : Hapizah 203936

Penolong Editor 1 : Anis 203012

Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 3 : Adilla 201848

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Akma 203935

AJK Semakan : Hidayah 203937

BBM3410-2021-MINGGU 2-ASAS GRAFIK-MUDAH-DIEZ

BBM3410-2021-MINGGU 2-MUDAH-INTERNET

1. 


 


Elemen: Mudah

Tema: Papan Tanda Makanan

Rujukan: (2021). Diakses pada 2 April, 2021, daripada Detik.net.id website:

https://awsimages.detik.net.id/community/media/visual/2017/07/31/0c 3300d9-26e6-4974-ad7d- 0bb058a10ceb.jpg?a=1

Huraian: Berikut merupakan papan tanda bagi makanan segera yang popular di Malaysia iaitu McDonald. Papan tanda tersebut menggunakan elemen grafik mudah. Ianya kerana semua rakyat Malaysia memahami maksud yang ingin disampaikan iaitu kedai tersebut berada di situ. Papan tanda tersebut menggunakan elemen yang mudah dengan penggunaan huruf M sebagai logo makanan tersebut.


2.

  

ElemenMudah

TemaMakanan

Rujukan:Lau, K. (24 September, 2018). OREO Advertisement Design. Daripada Dribble: https://dribbble.com/shots/5301283-OREO Advertisement-Design

HuraianMenerusi gambar iklan yang dilampirkan, dapat kita lihat bahawa penyunting iklan tersebut sedang mempromosikan biskut Oreo kepada audiens. Gambar iklan tersebut memiliki elemen asas grafik terutama dalam elemen mudah kerana mesej yang ingin disampaikan oleh editor dapat difahami dengan jelas tanpa sebarang kekeliruan. Gambar iklan tersebut jelas sekali adalah untuk mempromosikan biskut keluaran OREO. Latar belakangnya yang ringkas menonjolkan item utama iklan tersebut, iaitu biskut.


3.



Elemen : Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: Internet, Pinterest. https://ar.pinterest.com/pin/544443042451013300/

Huraian: Berdasarkan gambar di atas, sudah jelas bahawa gambar tersebut merupakan sebuah kek hari lahir. Gambar tersebut amat mudah  difahami kerana kek telah menjadi makanan yang sering kali ada pada setiap hari lahir. Gambar kek itu juga merupakan sebuah kek hari lahir  kerana adanya tanda perkataan happy birthday yang diletakkan di atas kek. Kek hari lahir akan sentiasa dihidangkan bagi menyambut hari lahir seseorang yang membawa kebahagiaan pada hari istimewa  tersebut.


4.



Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar digital. Diakses pada 30 Mac, 2021, daripada  https://static.onecms.io/wcontent/uploads/sites/9/2018/09/mcdonalds- french-fries-FT-BLOG0818.jpg

Huraian: Berdasarkan gambar di atas, sudah jelas memperlihatkan menu kegemaran orang ramai iaitu kentang goreng. Kentang goreng tersebut pula merupakan antara menu popular di restoran makanan segera yang terkenal diseluruh dunia iaitu Mcdonalds. Antara sebab mengapa gambar itu dapat dikategorikan dengan elemen mudah adalah kerana gambarnya yang jelas menunjukkan kentang goreng tanpa melibatkan sebarang objek latar yang lain. Selain itu, logo Mcdonalds yang jelas terpampang pada bekas kentang goreng tersebut telah menunjukkan dengan jelas bahawa kentang goreng tersebut merupakan kentang goreng yang disajikan di Mcdonalds.


5.



Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: Frunchie Confetti. (1 Februari, 2021). Diakses pada 30 Mac, 2021, daripada https://www.google.com/search?q=frunchie&rlz=1C1CHFX_enMY667MY667&sxsrf=ALeKk02qMVQkaMABFYDNrHJ7eRReTjBYtg:1617115286360&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwiG7tDxn9jvAhX4yzgGHdocD-QQ_AUoAXoECAEQAw&biw=1366&bih=600#imgrc=euQ5Cus-wjhr6M

Huraian: Gambar di atas sangat jelas dan mudah difahami oleh audiens terutamanya oleh penggemar biskut yang popular atau viral di laman sosial seperti Instagram (Frunchie). Gambar di atas  mempunyai unsur  mudah yang memaparkan unsur yang sangat ringkas  tidak menggunakan warna, atau corak yang banyak. Selain itu, cara susunan  balang biskut di tengah-tengah juga memudahkan pelanggan faham  apa yang hendak disampaikan melalui gambar tersebut serta dapat menjadi tarikan. Grafik biskut dan kacang badam di sebelah balang  biskut sangat jelas dan mudah untuk pelanggan yang tidak mengetahui isi atau bentuk biskut tersebut.


6.



Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan:Gambar digital. Diakses pada 30 Mac, 2021, daripada  https://cdn1.vectorstock.com/i/1000x1000/61/45/realistic-oat-cookies- poster-vector-28366145.jpg

Huraian: Gambar cookies diletakkan dalam sebuah poster. Sesiapa yang melihat poster ini dapat tahu dengan mudah bahawa poster ini tentang cookies perisa oat. Gambar cookies yang jelas dan mudah dilihat akan membantu untuk menyampaikan mesej kepada sesiapa yang  melihatnya. Mesej yang ingin disampaikan daripada poster tersebut  adalah tentang pelancaran oat cookies yang baru. 


7.

                                                          


Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: Nazrien Zaraini, C. (13 April, 2013). Contoh Iklan Makanan Yang Sangat Cool dan Menyelerakan. Diakses pada 30 Mac, 2021, daripada http://cisdel.com/2011/10/31/contoh-iklan-makanan-yang-sangat-cool- dan-menyelerakan/

Huraian: Berdasarkan gambar diatas, kita dapat memahami bahawa penyunting ingin menenyampaikan iklan mi segera untuk dipromosikan kepada audiens. Terdapat elemen asas grafik iaitu mudah dalam gambar iklan tersebut. Penggunaan teks yang terdapat dalam gambar itu dapat memudahkan audiens mengetahui jenis produk yang dipromosi. Gambar iklan tersebut ringkas dan tidak terlalu pada dapat difahami tanpa kekeliruan.


8.


 

Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar digital. Diakses pada 30 Mac, 2021, daripada https://www.google.com/imgres?imgurl=https://i.pinimg.com/4b/d6/ ed/4bd6ed770139c803eb14285f99b31288.png&imgrefurl=https://www.pinter est.com/pin/855050679240435018/&tbnid=Se5gDAB8tfidZM&vet=1&docid =RnKetQ2mP_TrlM&w=1000&h=750&itg=1&hl=en-US&source=sh/x/im

Huraian: Gambar di atas memperlihatkan makanan kegemaran orang ramai di  seluruh dunia iaitu pizza. Pizza merupakan suatu menu makanan yang tidak asing lagi dan sering kali dijadikan sebagai makanan harian oleh kebanyakkan orang. Gambar tersebut dikatogerikan sebagai elemen  mudah asas grafik ialah kerana pada sekali imbas, individu yang  melihat gambar itu akan mendapat gambaran pizza dengan jelas tanpa ada sebarang kekeliruan. Selain itu, logo Pizza Hut yang terdapat pada gambar tersebut menyokong bahawa pizza tersebut adalah menu di restoran Pizza Hut.


9.


Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: KFC MALAYSIA. (2019). Diakses pada 25 Mac, 2021, daripada  https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=fa%2ffvfrt&id=B 48000EB77D6392049470BE12EB32F26DB40DE5B&thid=OIP.fa_fvfrtEi3m _4JnAyhTSQHaF4&mediaurl=https%3a%2f%2fcdn.kfc.com.my%2fdinein.kf c.com.my%2fimages%2fpromotion%2fsuper-jimat box.jpg%3f2009804903c25ba97981a203f3915ef5a45f3362be022a5bdf9e1643 2c4b179a&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR7dafdfbdfa ed122de6ff826703285349%3frik%3dW95A2yYvsy7hCw%26pid%3dImgRa w&exph=500&expw=630&q=iklan+kfc+malaysia&simid=607999449652071 997&ck=73C4740D4BE5B8810E4D077477D5C300&selectedIndex=9&FOR M=IRPRST&ajaxhist=0

Huraian: Menerusi gambar ini, kita dapat melihat Kentucky Fried Chicken (KFC) membuat promosi. Dalam promosi tersebut, terdapat seketul ayam, french fries, pepsi dan cheesy wedges dalam Snacker Box. Hal ini menunjukkan pelanggan KFC boleh menikmati pelbagai bentuk makanan dengan hanya harga RM9.20 sahaja. Oleh sebab itu, bukan hanya kalangan orang berada sahaja yang menikmati KFC, KFC kini milik semua orang.


10.

 

Elemen: Mudah

Tema: Lambang

Rujukan: Internet. Google Image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=puma&tbm=isch&ved=2ahUKEwjY- d7O39_vAhXJB7cAHUETAKAQ2- cCegQIABAA&oq=puma&gs_lcp=CgNpbWcQAzIFCAAQsQMyAggAMgU IABCxAzICCAA yBQgAELEDMgIIADICCAAyAggAMgIIADIICAAQsQMQgwE6BwgjEOo CECc6BAgjECdQre sBWJaTAmCumAJoAXAAeACAAaECiAGEBpIBBTAuMy4xmAEAoAEB qgELZ3dzLXdpei1 pbWewAQrAAQE&sclient=img&ei=7yZnYJjGDcmP3LUPwaaAgAo#imgrc =IEDvCncu7S tUTM

Huraian: Berdasarkan gambar di atas, sudah jelas memperlihatkan lambang untuk pelbagai barang kesukaan ramai terutamanya dari segi pakaian, iaitu PUMA. PUMA kebiasaannya amat popular dalam kalangan atlet di serata dunia kerana jenamanya yang tahan lasak dan menjadikannya kesukaan ramai. Antara sebab mengapa gambar ini dikategorikan sebagai eleman mudah adalah kerana gambarnya yang jelas menunjukkan lambang PUMA tanpa sebarang latar teks. Selain itu, dengan sekali imbasnya orang ramai dapat tahu bahawa lambang ini adalah milik PUMA.


BBM3410-2021-MINGGU 2-MUDAH-INDIVIDU

1.

Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Berdasarkan gambar di atas, kita mudah faham akan apa yang hendak disampaikan oleh juru gambar. Gambar tersebut menunjukkan aneka pencuci mulut yang dapat menarik minat orang yang melihat gambar tersebut. Kita juga dapat melihat adanya logo ‘My Kori’ iaitu kedai yang menjual pencuci mulut tersebut. Ini bermakna, kita dengan mudah dapat mengandaikan bahawa pencuci mulut itu boleh didapati  di kedai tersebut.


2.

 

Elemen:Mudah

Tema:Makanan

Rujukan:Gambar sendiri

Huraian: Menerusi gambar yang dilampirkan diatas, dapat dilihat bahawa penyuntingsedang mempromosikan item tart yang berbagai-bagai jenis. Latar belakang yang ringkas telah menonjolkan item utama yang ingin dipromosikan. Penggunaan teks juga boleh dilihat dengan jelas. Secara keseluruhanya, gambar diatas memenuhi elemen asas grafik terutama sekali elemen mudah. Hal ini demikian kerana, mesej yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh audiens melalui gambaran foto tersebut.  


3. 

Elemen: Mudah

Tema: Ketenangan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas merupakan gambar seorang pendaki yang telah berjaya sampai ke puncak gunung. Gambar tersebut menjelaskan  bahawa pendaki takjub dengan keindahan alam yang dilihat daripada  puncak gunung. Pendaki sangat gembira dan berpuas hati dengan pemandangan yang dilihat setelah melalui pelbagai cabaran semasa mendaki gunung yang tinggi. Pendaki juga mendapat sebuah  ketenangan apabila melihat pemandangan yang amat menakjubkan.


4. 


Elemen: Mudah

Tema: Ketenangan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan suasana senja di pinggir pantai. Gambar tersebut dapat dikategorikan sebagai elemen mudah kerana dengan  sekali imbas penonton dapat mengetahui bahawa suasana senja di  pinggir pantai merupakan perkara yang cuba ditonjolkan dalam gambar  tersebut. Hal ini demikian kerana, langit yang berwarna jingga keemasan dan juga bot-bot nelayan yang berlabuh di pinggir pantai membawa gambaran keadaan atau suasana sesebuah senja itu. Gambar tersebut juga bertemakan ketenangan kerana senja dapat menenangkan  jiwa-jiwa yang kacau dengan keindahannya yang singkat.


5. 


Elemen: Mudah

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas sangat jelas, terang dan mudah fahami iaitu air batu campur atau lebih terkenal dengan nama ABC. Bentuk atau rupa ABC yang biasa dilihat sangat mudah untuk dikenal pasti. Gambar tersebut juga sangat mudah kerana hanya memfokuskan kepada ABC itu sahaja  dan tidak serabut. Selain itu, latar belakang yang bertemakan alam  semula jadi menaikkan lagi selera audiens yang melihat gambar  tersebut. Gambar di atas diambil pada waktu petang, jadi di sini jelas menunjukan bahawa ABC sangat sedap dimakan pada waktu petang  terutamanya bersama keluarga.


6. 

Elemen: Mudah

Tema: Ilmu

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menrupakan gambar seorang pelajar perempuan yang berada di Perpustakaan Sultan Ahmad Samad, UPM. Gambar tersebut menunjukkan bahawa pelajar itu sedang khusyuk membelek buku di kawasan rak tersebut. Sesiapa yang melihat gambar ini dapat meneka dengan mudah yang pelajar tersebut sedang mencari buku yang sesuai  untuk dijadikan bahan rujukannya. Kekhusyukan pelajar tersebut membelek buku dapat dilihat dengan jelas apabila dia tidak menyedari yang gambar dirinya sedang ditangkap oleh kawannya.


7.

    


Elemen: Mudah

Tema: Ketenangan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan seseorang perempuan yang sedang menikmati permandangan di tepi pantai. Gambar tersebut menjelaskan menjelaskan keunikan dan keindahan alam semulajadi. Persekitaran yang menghijau dan air laut yang biru dapat mendamaikan jiwa seseorang. Permandangan di tepi pantai dapat menjadikan seseorang lebih tenang dan menghargai alam semulajadi.


8.



Elemen: Mudah

Tema: Pemandangan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan pemandangan kota raya Kuala Lumpur. Gambar tersebut mempamerkan pemandangan kota yang dilengkapi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang berdiri megah terutamanya Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (KLCC). Antara sebab mengapa gambar tersebut dikatogerikan sebagai elemen mudah asas grafik ialah kerana pada sekali imbas, dapat dilihat bangunan pencakar langit KLCC dengan jelas dan mesej dapat disampaikan dengan mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana bangunan pencakar langit KLCC tersebut dikenali ramai dan sudah tidak asing lagi dengan Malaysia.


9. 

Elemen: Mudah

Tema: Kecantikan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Menerusi gambar tersebut, kita dapat melihat beberapa jenis produk kecantikan. Produk tersebut merupakan produk penjagaan rambut dari jenama Faith Fleur. Produk tersebut adalah untuk merawat rambut bagi pelanggan yang mempunyai masalah rambut. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut, mereka boleh mencari produk jenama Faith Fleur.


 

10. 

 

Elemen: Mudah

Tema: Ketenangan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan pemandangan dari atas kapal terbang. Gambar tersebut dapat dikategorikan sebagai elemen mudah kerana dengan sekali imbas penonton dapat mentafsirkan bahawa ianya pemandangan langit dan kawasan hijau dari kapal terbang. Hal ini demikian kerana awan memutih dan sedikit kelabu dan air pantai membiru dan imbasan sedikit dari sayap kapal terbang.


Carta Organisasasi Elemen Mudah

 

Ketua : Hidayah 203937

Penolong : Akma 203935

Editor : Hapizah 203936

Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 2 : Anis 203012

Penolong Editor 3 : Adilla 201848

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Adreana 204113

AJK Semakan : Vivian 202967

 




Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK






HURAIAN :

MUDAH

  • Gambaran mudah dalam bentuk foto atau video.
  • Dapat lihat mesej atau objektif yang disampaikan oleh penyunting dalam gambaran tanpa kekeliruan.
  • Misalnya, sekeping foto seekor kucing sedang tidur. Seseorang yang melihat akan mengetahui bahawa foto itu ialah seekor kucing sedang tidur.

 

WARNA

  • Satu atau lebih warna dalam sesuatu gambaran.
  • Tidak melebihi tiga warna.
  • Terdapat grafik lebih daripada tiga warna atau satu warna dalam foto dan video.
  • Misalnya, sekeping foto sebuah rumah yang berwarna merah dan disebelah disertai pokok yang berwarna hijau. Terdapat juga awam yang berwarna biru. Ini menunjukkan foto itu mempunyai tiga warna iaitu merah, hijau dan biru yang difokuskan kepada rumah, pokok dan awan.


 TEKS

  • Merujuk kepada jenis dan saiz font dalam persembahan grafik.
  • Kandungan teks penting untuk permahaman terhadap grafik.
  • Warna font memainkan peranan penting dalam asas grafik.
  • Misalnya, iklan tilam mempunyai teks seperti “lembut dan tebal”. Teks ini ditulis dengan font yang sesuai supaya dapat menarik minat pengguna.


KESESUAIAN

  • Kesesuaian mengikut jenis latar seperti masa, tempat, watak dan sebagainya dalam sesuatu foto atau video.
  • Setiap bahan dalam grafik perlu sesuai antara satu sama lain.
  • Misalnya, foto keluarga yang sedang berkelah di tepi pantai. Anak-anak sedang bermain air dengan wajah riang. Manakala, ibu bapa sedang menyiapkan hidangan makanan untuk anak-anak. Langit yang redup menunjukkan suasana tenang dan waktu tenang.


KESEIMBANGAN

  • Keseimbangan ialah ruangan dalam foto atau video.
  • Ruang seperti kiri, kanan, atas, bawah dan sebagainya.
  • Ruang perlu kosong atau sama berat untuk menunjukkan keseimbangan.
  • Misalnya, foto di sebelah kanan terdapat sebuah rumah kampung dan di sebelah kiri terdapat sebuah kereta yang berwarna hitam. Di sebelah atas gambar, terdapat awan luas yang berwarna biru dan padang rumput berwarna hijau di sebelah bawah. Ini menunjukkan keseimbangan di dalam foto tersebut di antara rumah, kereta, awan dan padang rumput.

 


    Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang.