Sunday, April 4, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-ASAS GRAFIK-TEKS-DIEZ


BBM3204-2021-MINGGU 2-TEKS-INTERNET

1.


Elemen
:Teks

Tema:Sukan 

Rujukan:Faisal, m. (2012, october 7). Graphic design junction. Retrieved from 50 fresh examples of advertising posters: http://graphicdesignjunction.com/2012/09/50-fresh-examples-of-advertising-posters/

Huraian: Gambar grafik di atas merupakan sebuah poster iklan bagi sebuah jenama kasut yang terkenal iaitu nike. Grafik tersebut menampakkan penggunaan elemen teks yang sangat baik. Elemen teks dalam grafik tersebut digunakan untuk menyatakan moto jenama tersebut. Daripada teks tersebut, audiens dapat memahami bahawa penyunting sedang mempromosikan kasut yang berjenama nike.


2.



Elemen: Teks

Tema: Aksesosri

Rujukan:Internet. Diakses pada 1 April 2021,https://www.google.com.my/search?q=apple+watch+promotion&tbm=isch&ved=2ahUKEwiI9ZGLq9_vAhUIK7cAHajZBvgQ2-cCegQIABAA&oq=promotion+watch

Huraian: Gambar di atas menerangkan satu iklan tentang tiga buah jam tangan pintar berjenama Apple.  Iklan jam tangan pintar tersebut disertai dengan teks “Easy to give. Easier to use” memberi persepsi tentang jam tangan pintar tersebut. Terdapat juga teks “Save up to S$370 on Apple Watch Series 4” bagi mempromosikan harga jam tangan pintar berjenama Apple kepada pelanggan. Teks ini ditulis bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli jam tangan pintar berjenama Apple tersebut. Oleh itu, teks tersebut hendaklah ditulis menggunakan saiz font yang besar dan menarik bagi menarik minat pengguna untuk membacanya.


3.


 

Elemen:Teks

Tema: Makanan

Rujukan:Internet, Pinterest. Diakses pada 30 April 2021 daripada https://images.app.goo.gl/6Uv9Xb

Huraian: Gambar di atas menunjukkan iklan coklat yang dapat menarik minat pengguna. Jenis dan saiz font yang terdapat dalam iklan tersebut sesuai dan dapat dilihat dengan jelas. Kombinasi tumbuh-tumbuhan seperti bunga dan warna dalam font yang jelas dan tidak mengganggu pandangan pengguna untuk melihat.

 

4.




Elemen:Teks

Tema: Kemasyarakatan 

Rujukan:(2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada sinar harian website: https://www.google.com/imgres?imgurl=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2019%2F08%2F02%2F414182.jpg&imgrefurl=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F41065%2FEDISI%2FSabah-Sarawak%2FPapan-tanda-larangan-merokok-di-5206-premis-makanan-di-Sabah&tbnid=yfe-1xfd_5ueZM&vet=12ahUKEwjwrLHqg-DvAhWEXHwKHdmFCDgQMygdegUIARCDAg..i&docid=IuYM_0v8z1CrtM&w=600&h=450&q=gambar%20papan%20tanda%20amaran&ved=2ahUKEwjwrLHqg-DvAhWEXHwKHdmFCDgQMygdegUIARCDAg 

Huraian:Gambar tersebut menunjukkan papan tanda amaran ‘Dilarang Merokok’ yang diletakkan disebuah restoran. Gambar tersebut menonjolkan elemen teks. Teks ditulis dengan menggunakan font yang besar, terang dan jelas agar dapat dilihat oleh orang ramai. Warna yang dipilih untuk font pula adalah warna merah. Hal ini demikian untuk menarik perhatian orang ramai untuk melihat papan tanda tersebut agar dapat mematuhi arahan untuk tidak merokok dalam premis.


5.


Elemen:Teks

Tema:Musik

Rujukan:(n.d.). Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://twitter.com/MnetMAMA/status/1335521034968190976/photo/

Huraian: Gambar di atas menunjukkan sekumpulan kpop idol Korea yang dikenali sebagai NCT 2020 menghadiri sebuah award (majlis penghargaan). Majlis pengahargaan tersebut dikenali sebagai 2020 Mnet Asian Music Awards (MAMA) yang mana teks tulisan nama majlis tersebut dapat dilihat dengan sangat jelas. Hal ini kerana penggunaan jenis font dan saiz yang sesuai dapat dilihat pada banner yang diletakkan di zon karpet merah tersebut. Sesiapa yang melihat gambar ini akan tahu bahawa kumpulan NCT 2020 mengahadiri sebuah majlis penghargaan (musik) berpandukan teks yang terpapar pada gambar tersebut.


6.


Elemen: Teks

Tema:Makanan

Rujukan:(2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada Gstatic.com website: https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTj_mm6GDAiDCwOXjTGPq96kgOGA1mT6voYBg&usqp=CAU

Huraian: Gambar di atas memfokuskan penggunaan teks. Penggunaan teks dengan saiz font yang berbeza dan jenis yang berbeza sebenarnya berdasarkan kepentingan tertentu seperti perkara yang ingin difokuskan. Jika dilihat berdasarkan gambar di atas, perkataan ‘BLACK FRIDAY’ menggunakan saiz font yang besar berbanding tarikh, ini kerana perkara yang hendak difokuskan adalah menu tersebut. Terdapat juga penggunaan lambang atau logo BR (baskin robbin) yang merujuk kepada jenama makanan tersebut.


7.


 

Elemen:Teks 

Tema:Makanan

Rujukan: (2015). Diakses pada 1 April, 2021, daripada Eyeka.com website: https://blogen.eyeka.com/2014/12/19/show-us-how-pampering-yourself-with-kinder-bueno-changes-the-way-you-see-life

Huraian:Gambar di atas menunjukkan penggunaan teks pada grafik. Penggunaan warna dan saiz bagi teks tersebut adalah baik dimana teks tersebut akan jelas kelihatan jika dilihat daripada jarak yang jauh. Jenis font bagi teks tersebut adalah sesuai kerana mudah dan jelas untuk dibaca. Selain itu, teks tersebut menerangkan secara langsung berkenaan grafik tersebut dimana teks ‘kinder bueno’ tersebut merujuk kepada nama coklat yang dipaparkan.


8.



Elemen:Teks

Tema:Lambang

Rujukan:Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=shoppee&sxsrf=ALeKk03MZPSh_LJPJfywsoNyhHE2D34pkw:1617372908898&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2ahUKEwibxtDN39_vAhXq6XMBHb_eDkkQ_AUoAnoECAEQBA#imgrc=CytSeRBBGVhRSM

Huraian:Gambar di atas menunjukkan sebuah lambang aplikasi untuk online shopping yang dipanggil Shopee. Gambar di atas juga menfokuskan kepada lambang ‘S’ besar dan penggunaan teks ‘Shopee’ dan penggunaan warna berbeza. Hal ini dapat menunjukkan para pembaca dapat membaca teks yang ditulis dengan mudah.


9.


 

Elemen:Teks

Tema:Nasihat Kesihatan

Rujukan:Internet, Billboard Malaysia diakses pada 2 April 2021 daripada https://www.google.com/search?q=billboard+malaysia&tbm=isch&ved=2ahUKEwjS4aO01d7vAhVJ5jgGHeWrCMIQ2-cCegQIABAA&oq=billboard+malaysia&

Huraian:Gambar di atas menunjukkan sebuah billboard yang berbentuk nasihat kepada masyarakat. Gambar di atas jelas menunjukkan teks tulisan ‘Tak nak!’ dan sebelahnya terdapat gambar sebatang rokok. Teks yang terdapat dalam billboard di atas sangat ringkas dan tidak meleret-leret tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam. Penggunaan saiz dan jenis font juga sangat bersesuaian . walau bagaimanapun, teks yang terdapat dalam billboard itu juga tidak menghalang objek gambar sebatang rokok yang hendak difokuskan.


10.

 

Elemen: Teks

Tema: Minuman

Rujukan: Salamadian. (2019). Retrieved March 25,2021, From https://www.bing.com/images/search?view=detailV2&ccid=SQGJR9jo&id=5EED797FA0F7773AD78B879404859DA0B506D598&thid=OIP.SQGJR9jo3DGLmvQMq6eBpQHaEM&mediaurl=https%3a%2f%2fsalamadian.com%2fwp-content%2fuploads%2f2017%2f09%2fcontoh-iklanprodukminuman.jpg&cdnurl=https%3a%2f%2fth.bing.com%2fth%2fid%2fR49018947d8e8dc318b9af40caba781a5%3frik%3dmNUGtaCdhQSUhw%26pid%3dImgRaw&exph=396&expw=700&q=Contoh+Gambar+Iklan&simid=608033147163133688&ck=D2AEE67E19A954B8052706E36B60F452&selectedIndex=0&FORM=IRPRST&ajaxhist=0

Huraian:Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat sejenis minuman susu fermentasi. Minuman ini sering diminati oleh kanak-kanak. Apabila kita melihat Yakult, kita pasti teringat zaman kanak-kanak kita dulu. Kita juga sering melihat iklan Yakult di televisyen kita.


BBM3410-2021-MINGGU 2-TEKS-SENDIRI

1.

Elemen: Teks

Tema: Produk makanan

Rujukan: Gambar sendiri 

Huraian:Gambar grafik di atas merupakan gambar sebuah beg kertas daripada produk makanan iaitu frunchie. Grafik tersebut menunjukkan penggunaan elemen teks atas perkataan ‘frunchie’. Penggunaan elemen teks tersebut ditulis dengan besar dan memberikan gambaran yang jelas kepada audiens tentang produk makanan yang dijual dan menarik minat pengguna untuk membelinya.


2.


Elemen: Teks

Tema: Instrumen

Rujukan: Gambar sendiri 

Huraian:Gambar di atas merupakan gambar sebuah papan tanda tentang promosi jualan gitar. Papan tanda tersebut menunjukkan teks jualan “Sale!” bagi mempromosikan harga gitar yang dijual. Teks jualan pada papan tanda tersebut menggunakan saiz font yang besar dan warna yang terang. Ini menyebabkan pelanggan dapat melihat dengan jelas dan menarik minat mereka untuk membaca papan tanda tersebut. Papan tanda juga diletakkan di hadapan kedai dengan jelas bagi menarik perhatian pelanggan.


3.

Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan aneka jenis makanan dan minuman seperti ayam goreng, kentang goreng serta minuman bergas. Penggunaan teks seperti “ 4 finger” menunjukkan nama restoran tersebut. Hal ini memudahkan dan memberi panduan kepada seseorang yang berkeinginan untuk mendapatkan makanan tersebut. Jenis dan saiz font yang digunakan sangat sesuai dan disampaikan dengan baik.


4.


Elemen: Teks

Tema: Perlengkapan

Rujukan: Gambar Sendiri

Huraian: Gambar tersebut menunjukkan sebuah kedai yang menjual perlengkapan rumah yang terletak ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Gambar tersebut ada menonjolkan elemen teks. Font yang digunakan mudah dilihat, jelas dan dapat menarik perhatian pelanggan. Pemilihan perkataan juga baik kerana mudah difahami oleh pelanggan bahawa kedai tersebut merupakan kedai yang menjual perhiasan dalaman rumah.


5.

Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan aneka jenis makanan Korea yang dimakan di sebuah restoran yang terletak di Bangi. Teks tulisan happiness pada gambar tersebut menunjukkan rasa senang hati pemilik gambar. Tambahan pula, orang sering mengaitkan makanan dengan kegembiraan. Jadi, jelaslah disini bahawa teks hapiness tersebut mengambarkan rasa seronok dan bahagia kerana dapat makan makanan Korea bersama kawan-kawannya.


6.


Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar Sendiri

Huraian:Gambar di atas menunjukkan bahawa juru gambar ingin menunjukkan makanan yang dibeli iaitu Golden Salted Egg Peyek. Gambar ini turut menggunakan saiz dan jenis font yang berbeza dalam penulisan teks. Penggunaan saiz font yang besar dengan tulisan huruf besar dapat memberikan fokus terus terhadap jenama makanan tersebut. Kepelbagaian jenis font yang berbeza tetapi tidak terlalu rumit juga dapat menarik minat audiens melihat dan memahami dengan mudah mesej yang hendak disampaikan.


7.



 

Elemen: Teks

Tema: Kehidupan

Sumber: Gambar Sendiri

Huraian: Gambar diatas menunjukkan penggunaan warna teks yang sesuai dengan latar grafik. Hal ini dikatakan demikian kerana teks yang berwarna cerah akan kelihatan timbul jika disertai dengan gambar latar yang gelap. Selain itu, saiz dan jenis font juga adalah jelas dan mudah untuk dibaca. Teks tersebut menjelaskan bahawa kucing itu bernama Doggo.


8.

 

Elemen: Teks

Tema: Minuman

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian:Gambar di atas menunjukkan bahawa secawan kopi bercorak bunga di atas meja dan di atasnya menunjukkan petikan teks tentang kopi. Petikan itu merujuk kepada keperluan kopi dalam kehidupan. Teks yang menggunakan warna yang terang juga dapat dibaca dengan mudah oleh para pembaca.


9.



 

Elemen: Teks

Tema: Persahabatan

Rujukan: Gambar Sendiri

Huraian: Gambar di atas menunjukkan lima orang sahabat yang sedang bercuti di Pulau Langkawi, Kedah. Gambar tersebut juga jelas menunjukkan teks yang diedit oleh salah seorang daripada mereka berlima. Teks tersebut berisi By: US FRIENDS, BEST OF MEMORY . Teks tersebut sangat ringkas dan tidak meleret-leret serta tidak menghalang gambar objek yang hendak ditunjukkan. Saiz font yang dipilih juga sangat sesuai.


10.



Elemen: Teks

Tema: Makanan

Rujukan: Gambar sendiri

Huraian: Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat ice-cream yang sangat menyelerakan. Ice-cream tersebut hanya boleh didapati di Desa Cattle Dairy Farm. Tambahan pula, ice-cream tersebut segar yang membawa makna dibuat dari perahan susu di Desa Cattle Farm. Ice-cream ini tidak membawa kekecewaan kepada anda yang menikmatinya.



CARTA ORGANISASI ELEMEN TEKS

Ketua : Adreana 204113

Penolong : VIVIAN 202967

Editor : Hapizah 203936

Penolong Editor 1 : Anis 203012

Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 3 : Adilla 201848

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Akma 203935

AJK Semakan : Hidayah 203937

Penolong : VIVIAN 202967

Editor : Hapizah 203936

Penolong Editor 1 : Anis 203012

Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308

Penolong Editor 3 : Adilla 201848

AJK Publisiti : Afiah 203943

AJK Multimedia : Hayati 203007

AJK Emel : Akma 203935

AJK Semakan : Hidayah 203937

No comments:

Post a Comment