Wednesday, March 24, 2021

BBM 3410 - 2021- MINGGU 1A


                                                                                 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama saya ialah Nor Afiah Bt Suhaimi dan bernombor matrik 203943. lebih dikenali dengan panggilan Afiah atau piah. Saya merupakan anak jati kampung yang berasal dari Baling,Kedah. Mungkin ramai orang ingat Baling adalah satu tempat pedalaman. Bagi saya tidak, Baling dikenali sebagai tempat pelancongan yang menarik dan kaya dengan keindahan semulajadi. Saya dilahirkan pada 21 disember 1999 di Hospital Baling, Kedah. Syukur ke hadrat ilahi, kini genap berusia 22 tahun. Saya mempunyai empat orang adik-beradik dan merupakan anak ketiga. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan penyayang.
Pada mulanya, saya menggangap bahasa melayu ialah bahasa terlalu senang dan tidak perlu pelajari. Ketika berada di Tingkatan Enam, saya mula mengetahui rupanya bahasa melayu banyak keunikan. Ini memberi semangat dan minat untuk terus belajar dalam kursus ini. Alhamdullilah, saya diberi peluang untuk melanjutkan ijazah sarjana muda dalam Bachelor Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia. Kali pertama saya menjejak di bandar pesat ini, amat menggagumkan. Bangunan yang mencakar langit, ragam masyarakat yang berbeza dan sebagainya. Berbeza daripada tempat kelahiran saya. Ini serba sedikit memberi pengalaman baru dan cara hidup di bandar. Namun tidak mengubah jati diri Kedah dalam hidup saya. Ibu saya sering berpesan jangan lupa asal-usul keluarga. Saya bangga menjadi anak Kedah.

    
       Ini saja post untuk kali. Jumpa lagi untuk next blog!!!! 






 

10 comments: